ENJOY UNTUK SEMPURNA....

Salam

Dah lama rasnya tak jenguk blog ni. Bukan dah memberi tumpuan hanya ke FB... Blog tetap cinta pertama saya. Tapi... sehari dua ni sibuklah... Sabtu ni 30.10.2009 Hari Aspresiasi Sekolah. So beri tumpuan pada persiapannya... Saya kena buat Buku Atur Cara. Kepercayaan yang diberi tinggi... Depa ingat saya hebat sangat.... Saya sekadar bolehlah..... Tapi dek kerana dah bertahun buat kerja tu... Nafsu nak buatnya.... kurennnnng sikit le. Tu yang agak slow. Last Minute ni barulah kelam kabut.

Sambil buat Buku Aturcara... tengok2 juga bahagian kerja adik2 yang lain. Wakjir & Aryanti bahagian buat pentas & backdrop. Konsep rekaan : Pelamin raja2. Diaorang ni kalau buat sesuatu mesti nak perfect. So saya bantu mana yang saya mampu le..... Si mirul & Din, sibuk melatih dikir barat. Saya setakat jenguk, beri sokongan je. Minggu ni, minta izin ngan suami, balik lewat sikit. Tolong adik2. Kami janji... nak saling membantu... bukan apa, nak bagi ceria perjalanan hidup di sekolah. Ceria di sekolah.... cerialah di rumah nanti....

Kadang2 rasa sukar juga perjalanan hidup di sekolah. Kerja memanglah tak berhenti. Mesyuarat pun.... banyaklah jugakkkkk. Kalau nak ikut sangat... tension dibuatnya.... so... kita enjoy..... Kadang2 rasalah juga... saya ni dah tua untuk bersuka2 sangat. Berkawan pun dengan budak2... (Wakjir, Yan, Mirul & Din le...). Saya pun jadi macam budak2 juga. Bukan tak dengar orang bergossip2 tentang kami... tapi... kami tahu apa yang kami buat. Kami sekadar nak sempurnakan tugas sekolah yang diberi dengan seronok. Seronok bekerja akan buat kita buat kerja dengan sempurna dan cuba hasilkan yang terbaik. Yang penting, suami ku mengizinkan setiap langkah perjalanan ku.....

Saya masih ingat.. semasa saya di SMKTIS... saya memang akrab dengan kak Sakila. Tapi keakraban kami juga menimbulkan ketidaksenang hati pada sesetengah orang. Kami sekadar menjadi kawan rapat kerana dengan keakraban... segala kesukaran, berjaya kami hadapi disebabkan wujud kesefahaman dan kerja sama. Tapi tu pun jadi masalah pada orang lain.

Di SMKSKI pula... saya memang rapat dengan Wakjir, Yan, Mirul & Din... sebab diaorang nak berkawan dengan saya..... sebab mereka nak belajar dengan saya.... (kononnya saya ni banyak ilmu le.... he3). Saya bukan nak kawan dengan diaorang je... saya terbuka kepada semua kekawan guru.... tapi paham2 le.. kami ni, gila2 sikit.... & kadang2 macam budak2... yang penting enjoy... & kerja siap!

Baik juga ada blog dan FB ni... saya merakamkan semua perjalanan hidup di sekolah, bersama rakan2, di dalamnya. So, mana yang tak sempat cerita, suami ku boleh mengikuti perkembangan diriku melalui alam maya ni.... Baiknya FB ni... saya boleh berkomunikasi secara langsung dengan kekawan. Rasa dah semakin mesra pulak dengan adik2 yang lain yang sebelum ni setakat senyum & bagi salam je bila berjumpa di sekolah. Adik Roszana, Adik jaimah, Nurul, adik siti, adik Nik..... termasuklah di Zamreee tu...

Apa2 pun, perjalanan hidup biarlah ikhlas. Barulah menyeronokkan penyelesaian kerja kita..... Terima kasih kepada kawan2 yang memberikan keikhlasan dalam persahabatan.... Terima kasih kepada suami ku atas kepercayaan yang diberi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG