MENERUSKAN HARI...

salam Syawal

Hari ni... masih meneruskan hari dengan...'berlagaknya' dengan guru2 lain yang terpaksa masuk kelas mengajor. Ala... saya kan guru full time tingkatan 3. Hari ni pelajar2 tingkatan 3 dicutikan. '.... mereka dah penat mengharungi peperiksaan PMR selama 5 hari.... so biarlah diaorang rehatttttttt... ' (suara hati guru tingkatan 3... he3)

Pagi2... macam biasa... tersidai di meja guru.... ngadap muka guru2 yang singgah di meja menjenguk sarapan pagi... Tapi yang ada... hanya lah baki2 biskut2 raya... sumbangan guru...... terutama daripada ustazah Habibah. Dia ni isteri orang kaya.... rezekinya sentiasa murah kerana dia selalu bawa makanan untuk dikongsi sesama guru..... Cikgu Saskinah,.... pun.. mimpi apa tah.... pun letak kuih raya kat meja saya.... Ye lah.. dia kan duduk kat 'condo'... (bilik matematik le...) mana ada orang jenguk dia... ada tak pun... Roszana pandang dia.... dia pandang Roszana... mana best makan kuih raya berdua kan.... So lain kali sumbang lagi ye.... Insyallah... murah rezeki Sas,,, lebih2 bila sedang ber'dua' sekarang ni kan.....

Lepas habis melayan tetamu beraya di meja... saya pun mulakan misi.... hari ni nak selesaikan banyak kerja yang masih berhutang..... terutamanya buku atur cara untuk Hari Asperisiasi (susah nak sebut).... Macam hari APC le.... Saya bosnya... anak2 buahnya Sy. Nur, Ellis & Firdaus. Saya bina rangkanya.... lebihnya minta diaorang selesaikan... saya kan bos... he2. Inilah masa korang nak belajo dari 'Ratu IT' ni. Itu Wazir yg kata ye... bukan akak.

Sebelum tu... dapat jemputan Puan Amiah & Norzalina, minta ajo lebih lanjut Facebook. Tabiklah kat Puan2 berdua... kerana berminat dengan dunia IT ni.... so lepas ni saya boleh kirimkan video & gambar kat U All....

Sambung pula dengan meeting ... guru2 mata pelajaran tingkatan 3. Bincang aktiviti selepas PMR ni.... dan diakhiri dengan taklimat 'perkhemahan di Banyu Manis'. Tabik dengan Kak Zah & Cikgu Roslina... offer diri nak jadi AJK masakan....'.

1.50 petang... caulah.. apa tunggu lagi..... Urusan rumah menanti. Masak untuk menu makan tengahari & malam...sambil upload video2 lama kat FB untuk dikongsi rakan2 cikgu Mazidah......

So... hingga ketemu lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG