SMS

Salam Syawal..

Semalam hari akhir PMR.... termasuklah anak dara ku... Tamat periksa... dia SMS ... minta call dia balik. Dia minta ambil ... Janji asalnya... dia balik tompang keluarga kawan.... tapi nada suara macam nak mamanya ambil gak.... Kebetulan Amir pula kena pulang ke asrama. Biasa dia balik lepas asar... tapi kali ni minta tolong dia gerak awal. Tengah2. So Amira tak tunggu lama @ Amir pula tak pulang terlalu awal.

Seminggu Amir di rumah... rasa mudah sikit. Dia banyak membantu dalam urusan rumah tangga.. terutama dalam melayan keperluan adik2nya, Ammar @ Amili. Bila dia tak de... terasa kehilangannya lah jugak...... . Hari ni bertukarlah pulak.... Amira yang tunggu rumah... tapi dia ni susah nak nampak batang hidungnya..... dia banyak berkurung kat bilik... anak dara katakan....

Lepas PMR semalam... saya menerima 1 sms yang mencuit perasaan. SMS daripada Atikah kelas 3RK. 'TQ atas segala ilmu yang cikgu curahkan. Mula2 belajar Geografi memang susah & lebih malu bila saya dapat B dalam ujian 1. Cubitan cikgulah yang menguatkan azam untuk saya belajar lebih gigih dan saya dapat kalahkan Izzat masa trial. Doakan saya dapat 8A in PMR. Terima kasih atas segalanya...'. Terharunya saya... atas ingatanya. Walau bagaimanapun saya puji dengan pelajar2 kelas 3RK. Sentiasa bersaing secara sihat. ...... Izzat, memang dia sentiasa memperolehi markah tertinggi dalam dalam geografi dalam setiap ujian2 .... Rupanya... dia menjadi tanda aras untuk orang lain cuba mengatasinya..... Cikgu mendoakan agar semua pelajar tingkatan 3 lulus dengan cemerlangnya.... kejayaan anak2.... kejayaan ibu bapa, kejayaan guru2 & kejayaan sekolah juga......

Ada 1 lagi sms. Ini antara saya dengan Wakjir... .Saya dengan wakjir memang selalu berkelahi..... Bila pagi dia SMS bagi tau dia MC..... saya pun 'balas' cukup2. '....itulah raya sakan. Ha! kan dah sakit. Padan muka. Tu kalau tak rehat cukup2 jaga kau. Belasah nanti. Ha!. Jangan nak merayau2 lagi. Taubatlah. Ok! dah habis!' (baik punya kakak).
Dia pun membalas.... 'Tambah 2 hari lagi kak. (Tambah MC lah tu). Bukan darah je boleh keluar. Usus besar & buah pinggang pun boleh keluar. Akak memang sesuai jadi cikgu je. Kalau jadi doktor, pesakit singkat usia.....'. He2... 2 orang dewasa yang suka bergaduh.....

Ok. Hingga jumpa lagi....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH