KASIH TERENGGANU

Salam

Hari ni bertugas dengan penuh semangat. Maklumlah baru balik bercuti. Kehadiran ke sekolah pula disapa oleh guru2 yang bertanya.... 'macam mana percutian Terengganu?'. Rasanya satu sekolah tahu kami bercuti ke Terengganu. pelik lah jugak!. Rupanya.... percutian kami ni disebut dalam mesyuarat kecil 5S.... Ini gara2 cikgu Din yang tak hadir mesyuarat tu lah.... Cikgu Din minta izin dengan pengetua untuk hadir lewat sehari kerana dia berada di Terangganu, bercuti bersama Cikgu Mazidah & Cikgu Wazir. Ha jual nama kita orang ye Cikgu Din. Dimaklumkan..pengetua tak de lah marah cikgu Din. Kata pengetua yang penting 'maklumkan dia.....'. Beres cikgu Din!

Percutian ke Terengganu memang penuh makna, penuh kenangan.... pendek kata benarlah.. 'Jauh Berjalan, banyak Pengalaman'. Dan kami tambah lagi'bercuti bersama, mengerat kasih sayang'.

Dapat peluang melawat 'Tasik Bera ' satu peluang yang sungguh bermakna. Tasik Bera salah satu Tasik Semulajadi yang popular di Malaysia... sapa sangka kami dapat ke sana menyaksikan indahnya alam semula jadi dan mengetahui rahsia alam.....

Kami juga tak sangka dapat pengalaman merasai banjir... mengarung air, bersampan.... seronok yang tidak tergambar.... bertuahnya kami..

Peluang dapat sampai ke Tasik Bukit Besi.....satu peluang yang indah. Walau sepanjang mengajar Geografi... saya selalu menyebut Bukit Besi sebagai kawasan Bijih Besi..... rupanya disebalik nama tu... ada tasik yang sangat indah & menenangkan.....

Perjalanan yang panjang ke Kuala Terengganu, berkunjung ke Pasar Payang (pengalaman tutup kedai... ye lah kami tiba waktu kedai nak tutup.... ha! kelam kabutlah kami bersoping.... ambik apa je yang ada.... syarat shopping di Pasar Payang ) dan sempat singgah Sholat Asar & Magrib di Masjid Kristal sambil menyaksikan keindahan masjid pada waktu siang dan waktu malam.... Ha bertuahnya kami.... kenangan yang tidak kami lupakan...

Kami juga tak kan lupakan mesranya sambutan yang kami terima semasa kunjungan kami. Di Tasik Bera...Puan Zaliha Ripin sekeluarga, bekas kerani SMKSKI... walau lama tak jumpa ... tapi kami tetap dapat merasi kemesraannya menyambut kami... Di Dungun... Cikgu Asliza sekeluarga termasuk saudara maranya..... terlihat semangat kekeluarga dalam diri mereka semua... memberi sambutan mesra, siap susun plan untuk taja makan minum kami dari tengahari hingga ke malam..... Di Kuala Terengganu.... Keluarga Cikgu Siti Hasmah.... juga mesra menyambut kami.... walau hanya dapat singgah sebentar... tapi rasa dah akrab..... Bertuahnya kami.... Terima kasih yang tidak terhingga untuk keluarga zaliha Ripin, Cikgu Asliza & Cikgu Siti Hasmah.... beri kami kemesraan, beri kami kenangan indah..... Kami tak kan lupa semua kenangan manis tu....

Dan yang paling bermakna.... Saya & Famili termasuk 2 anak buah, Cikgu Wazir & isteri, Cikgu Din serta Cikgu Amirul... dapat berkumpul bersama, beraktiviti bersama di bawah satu bumbung menjadi satu keluarga besar, merapatkan silaturrahim, mengeratkan kasih sayang.... Bertuahnya kami.... kasih sayang kekeluargaan tu satu Anugerah dan kami bersyukur kerana diberi peluang memilikinya......

Buat adik2... Wakjir, Ati, Din, Mirul... terima kasih kerana sudi bersama, Terima kasih kerana menjadi keluarga, Terima kasih kerana menjaga anak2. Maaf kalau tingkah laku anak2 tak menyenangkan. Maaf segala salah silap. Maaf tersalah tutur kata. Maaf atas kekurangan layanan. Maaf atas ketidak sempurnaan percutian. Terima kasih atas segala2nya. Ada peluang kita bersama lagi. Sayang adik2 semua....'

Terengganu.... merapat persaudaraan, mengerat kasih sayang kita
Kasih Sayang.... AnugerahNya yang tidak ternilai... Terima kasih Allah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH