KE PERAK PULAK


Pukul 7.30 bertolak dengan suami... singgah beli roti canai kat kedai belakang rumah... dan terus ke rumah Wakjir. janji nak sarapan sama di rumahnya... dia sediakan Milo je. Dari rumahnya kami nak bertolak ke Teluk Batik. Janji bercuti dengan Salamah Nordin.... Ye lah hari tu dia tak dapat join ke Terengganu..... so bawalah dia jalan tempat yang dekat je.....

Rancangnya nak naik satu kereta je... maklumlah berempat. Cikgu Din ada reunion kat Kuantan & Cikgu Mirul ada family gathering di Kuala Selangor. So saya plan 1 kereta. Anak2 tak payah bawa lah. Minggu lepas mereka dah puas jalan ke Terengganu. Sampai di rumah wakjir... 'Akak, boleh bawa budak 2 orang tu.... Si Faridzyul & Ariel'. Huh! kenapa tak cakap awal.... boleh akak bawa anak2.. kereta kosong.

So lepas sarapan sorang sekeping roti canai... saya & suami patah balik ambik anak2. Ha macam lipas kudong le... syer kerja dengan suami siapkan anak2 & barang2 keperluan mereka yang nak dibawa.

Tiba di NLK Kapar jam 9.00 pagi..... dan singgah di Setiawan jap... jumpa kawan Salamah. Lepas tu terus ke Teluk Batik.... Tiba... masing2 lapar. So beli makanan bungkus dan bentang tikar makan di tepi pantai sambil menikmati angin laut yang segar......


Sempatlah gak shopping barangan Teluk Batik.... Termasuk tikar....
Memang kali ni percutian adhoc... tak sedia apa pun.




Lepas makan.... anak2 apa lagi mencecah laut le....





Kami yang berusia ni.... sekadar menikmati pemandangan laut yang indah.... melepaskan lelah... mencari ketenangan... menumpang kedamaian laut!


Jam 3.00 petang.... kami ke Lumut waterfront .... menikmati pemandangan laut yang ditemani kapal2 & feri pelancung..... sambil menikmati aiskream

Ha dah sampai sini... ambik peluang shopping makanan laut le.... buat oleh2 anak2 di rumah & stok jajan dalam kereta.....





Suami... macam biasa lah.... menembak & anak2 jadi modelnya...



Pukul 6.00 petang.... kami bertolak menuju ke rumah salamah Nordin di bagan Datok. Selepas solat berjamaah... kami menikmati hidangan makan malam.... Simple tapi sungguh menyelerakan bagi kami yang lapor ni.....




Terima kasih yang tidak terhingga buat Salamah sekeluarga.... kerana sudi menerima kunjungan kami dengan layanan yang cukup mesra.... Ada peluang, kita boleh berkumpul semula.....

9.15 malam... kami mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Mak Samalah.... dan terus memandu laju ke rumah masing2.... Balik ni dah tak konvoi dah... pemandu semua dah keletihan... so masing2 nak pecut & landing...


Terima kasih suami ku... Terima kasih Wakjir sekeluarga & Terima kasih salamah sekeluarga.

Percutian yang singkat tapi bermakna..... mengeratkan lagi ikatan persahabatan & persaudaraan....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG