BACK TO SCHOOL......

Salam

Bangun tidur terus sambung membuat jadual...
9.00 pagi dapat mesej dari anak di sebelah bilik 'ma boleh hantar ke?. Canggih, komunikasi on line je....

Lupa pulak saya, semalam dah beri kebenaran kat Amira untuk dia keluar bersama kawan2 ke Sunway Piramid, so saya kena hantar ke stesen komuter... Pesan ringkas saya semasa di stesen komuter tu.. 'jangan buat yang bukan2'. Ye lah anak tak de depan mata... risau juga. Saya lepaskan dia atas dasar percaya je... & harap ia sentiasa dalam perlindungan Allah...

Dah kat Klang... mula lah fikir 'sekali jalan'... nak cari apa ye....
Baru teringat.... Isnin ni mesyuarat pengurusan... 'Alamak, Nametag tak de'. Tapi takkan nak tempah kat Klang... satu hal lah pulak nak ambik nanti. Usaha yang paling senang... call adik Mirul... 'ok kak!'jawapan diterima. Selesai Nametag... Teringat pula... 'alamak alat tulis tak ada pulak...'

Singgah pulak kat Mydin Klang... cari alat tulis untuk cikgu ni nak ngajo. Semalam, seharian kat Mydin Subang Jaya... cari barang untuk anak2, lupa pulak untuk diri sendiri.....

Selesai di Mydin... alamak, kasut pulak tak de.... kalau dapat bag tangan baru ok gak...he3. Ha... alasan kukuh tu untuk panjangkan langkah. Ke Shah Alam Mall pulak.... Dah, berkenan dengan kasut & bag tangan. Tapi. alamak duit pulak tak cukup. Try cucuk di ATM, issy... mesin tak le baca pula kad saya... hu hampehhh. Kena buat keputusan.. bag tangan atau kasut. Pilih le bag tangan... huwah3, tak dapat kasut baru..... Tapi sempat juga panjangkan akal... 'bila, macam mana, dengan siapa...' nak datang balik ke sini... 'Nak jugak kasut baru... nak jugak kasut tu....'

Balik berhopping... sambung buat jadual pulak..... Pukul 5.00 petang, Ammar bagi tau. 'Ma dah pukul 5.00 petang... ambik abang Amin'. Bergegas pulak ke Asrama Hira Jeram.... Masalah lah pulak.... balik kali ni kena tulis surat.... Apa alasan nak diberi ni.... Sekolah dah ingatkan ibu bapa...'jangan ganggu proses pembelajaran anak2 tahfiz dengan memberi alasan... balik kampung lah.. kenduri kahwin lah... urusan keluarga lah...'. Pelajar tahfiz ni ada perancangan dia.. kalau asyik balik bercuti... sah2 ganggu pembelajaran. Ye lah.. balik rumah dok ngadap komputer.. memang stop menghafal... ha takut tak khatam pulak nanti. Tapi... anak dah depan mata... minta balik.... Tak sampai hatilah pulak... Ha.... terpaksa reka alasan baik punye.... Ok selesai urusan Abang Amin

Tiba di rumah, 6.00 petang, dapat pula call dari Amira...'ma ambik Mira...' Ha, tak sempat nak masuk rumah pun... terus menempuh jem kat Klang...... menuju stesen komuter.

7.15 malam, selesai turunkan Mira depan rumah.... 'ha rasa masih awal lagi... sempat ke Tesco lagi ni...'. Teringat pulak... esok ada janji ngan Wakjir, Cikgu Din & Cikgu Mirul nak kemas tempat duduk baru saya di bilik guru tu.... so saya kena cari bahan2 yang mungkin saya perlukan nanti ..... kertas balut hadiah, kotak fail, dan sebagainya.....

Pukul 8.00 malam sampai rumah.... Masak, rehat jap... sambung buat jadual...
Pukul 12.00 malam.. dah tak larat nak buka mata ni... Tidur dulu dengan set kat fikiran... Kul 5.00 bangun untuk sambung lagi....

He3 macam cerita.. 'the making of timetable pulak...... Ok bye..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG