PONTENG MESYUARAT

Salam...

Hari ni patut kena hadir mesyuarat Takwim Pengurusan 2010... Tapi.....
Bangun awal. 5.oo pg dah celik. Tapi.... sarapan facebook le dulu... lepas tu terus ke dapur. Mesin cili kering dan masak sambal Tumis. Sambil tu... kopik udang Tesco (1 1/2 kg ... banyak tu. naik gatal tangan) & masak kari ayam. Kari ayam kononnya untuk cicah dengan roti bekal makanan pengotong royong surau & bilik guru. Tapi spoil sikit. Kerana buat kerja 5 dalam satu... kopik udang, kopik kentang, basuk pinggan, basuh baju (basuh dengan tangan baju2 yang jenis luntur) & jawab sms.....tak sedar ayam tu dah hancur dimasak lama... tambah satu lagi.... (hangus sikit). Ok aje la yeeeeee.

Pukul 10.00 dapat mesej Kak La....'Kak La dah habis .....'. Ingat nak hantar kari ke sekolah.... tapi tukar plan.... jemput Kak la dulu lah sebelum ke sekolah. Mesej pada Kak Zah.... 'saya lambat sikit'. Jumpa Kak La yang terawal habis kursus.... apa lagi dia pun 'Jom Jaya Jusco'. .... Ha ok je. Ingat mengiringi dia.... tapi.... terbeli juga seluar slack Abang Amin & kakak Mira.

Lepas Jaya Jusco terus ke Klang Sentral, beli tiket bas ke Seremban. Maklumlah... suaminya kursus di Port Dickson.... nak temankan suaminya pula lah tu.....

Lepas tu jenguk2 kekawan yang bergotong royong di sekolah. Yang pasti meja saya dah ditukar tempat yang paling sesuai. Tapi kenalah saya ngadap muka Wakjir & wak Mirul hari2. Diaorang letak meja ngadap bilik ketua bidang yang baru tu.... Ha nak jenguk sarapan pagi le tu....... Apa2 ajelah Wak2...

Pukul 1.45 terus mencari resturan nostalgia.... masa ngajo kat SMKTIS ... Restoran Bawah Pokok Pisang..... Pukul 2.30 petang.... bergegas balik rumah..... Kak La tranfer barang ke bag yang dibeli di jaya Jusco tadi.... Dia nak lenggang je naik bas. Barang2 yang lain akan ditinggal sementara di rumah Cikgu Nasiroh, sebab hari sabtu dia & suami akan turun semula ke Selangor menjemput anak daranya Alia di Kuala Selangor. (Tak boleh tinggal di rumah saya.... saya nak bercuti ke Terangganu...)

Pukul 2.45 saya kena hantar kereta untuk diservis... maklumlah nak jalan jauh. Hantar di Pusat Servis produa di depan Taman saya je.... Pukul 4.30 petang, dioarang call, kereta siap servis & basuh. Ambik kereta & terus hantar Kak La ke stesen Bas... ala sebelah taman perumahan saya juga..... cuma jauh sikit le... Pelik juga. Kami tiba 4.50 petang bas dah mula jalan... tepaksa lambai2... barulah bas tu berhenti & buka pintu untuk Kak La..... Kata bertolak pukul 5.00 petang... pelik2..

Lepas hantar Kak La.... ha merayau2 le saya..... Kat Klang & Meru..... 7.30 baru sampai rumah & terus kelam kabut menyiapkan hidangan malam.... Nasib baik suami tak balik lagi..... Tak siap kerja lah tu. Bos dia kata.... 'tak siap kerja.... tak lulus cuti'. Entah pukul berapa lah tu nak sampai.... Ok Jumpa lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH