JAWAPAN...

Salam

Pagi...

'Hai Din... akak datang 'awal'...' (semalam janji nak datang awal. balik awal)
Awal sikitlah dari Mirul....

Hadapan Pejabat
'Wak Lan... tolong bukakan Bilik mesyuarat'
Macam biasa... wajahnya terus dihiasai senyuman....
terus melangkah memberi jawapan kepada pertolongan yang ku harapkan....

Di bilik mesyuarat
terus buka laptop...
menyambung kerja2 takwim....
merepair gambar pengetua
menampal gambar pada gambar kami guru2 kanan yang memang meninggalkan ruang untuk pengetua.....
kerja ni dah buat semalam...
tapi kak Zah tak berkenan gambarnya....
nak tukar gambar.... gambar tu yang dah direpair pulak dah hilang....
tak save kot!.
Godak sana... godak sini....
Siap!
gambar kulit Buku Pengurusan....
tapi tak puas hati pun...
aku bukan orang berseni..... hantam sajalah labu....

Kak Zah datang pada ku...
ni..... tu.... ni.... tu.... ni.... tu....
'ok Kak Zah' jawap ku
aku membantu menyudahkan kerja mengikut cadangan Kak Zah.....

Din datang memberitahu.
'Akak.... bau cempedak....'
Aku menjawab 'Cempedak ni Kak Zah bagi.....'
Dia pun.... buat muka .... 'terliur' dia le....

Tengahari
balik sekejap....
ambil bahan tertinggal yang Kak Zah suruh lengkapkan
sempat mengoreng cempedak
memenuhi permintaan adikda Din....

Dua bekas cempedak terhidang di bilik mesyuarat
'Din... cempedak dah goreng.... di Bilik Mesyuarat'

'Akak... bawak lah sini.. (bilik peperiksaan)'
Hei manjenya.... berleter...
tapi turutkan jugak la kehendaknya

'Din, telefon Mirul ajak makan sekali'
Din pun... 'Beh... datang sini... penting'
'makan air basuh tangan kakak tiri'

Bergegas si Mirul...
'la... ingatkan Din tersepit almari...
Rupanya....'

Sambung kerja....
Dengar mesej masuk
'kalau ada ruang waktu, jemput hadir jamuan kelas 6A3 kat umah kul 4.30 petang'

Di sini menjawab.
'Ruang waktu je?. Ruang perut ni macam mana?.

Di sana menjawab
''Bawak sekali'

Di sini menjawab
'Ruang perut ni nak KFC lah... Dia tak nak makaroni'

Di sana menjawab
'Wah macam nak gaduh ni. Jap amik mood'

Di sini menjawab.
'...... Kami bertiga (termasuk Din & Mirul) .. mengaku kalah lah.....'

4.20 petang....
berkemas.... nak tinggalkan sekolah cepat
nak penuhi janji....

Jenguk Din.... pun bersiap2 menyudahkan kerja mengecat...

Dari atas nampak Mirul tengah mengangkut
'..... jom cepat....'
'Jap lagi.... nak kemas barang2 ni....'

Saya & Din turun ke bilik PA Sistem
dengan pakatan... 'jum kutuk bilik Mirul'

Sampai je kat bilik tu..
Din bersuara... 'wau cantik...'
Lain... dari biasa.
Biasanya kami mesti nak kutuk dulu......

Pukul 4.41.... Faridyzul telefon
'cikgu... datang tau....'

Pukul 4.43.... Ustazah Noriati telefon
'... cepatlah... majlis dah nak mula ni.... ..'

Wazir, Ati, Faridyzul dan anak2 6A3 yang lain, Sorry ye...
dah cuba sedaya upaya untuk menepati masa....
barang2 ngecat... tak boleh terbiar je
sampah2 tak boleh bertaburan je
tu pun kami dah macam lipas kudung pergerakkanya....

Dan .....
sms ku kirimkan tanda terima kasih ku....
'Terima kasih.......... Seronok dapat berkumpul bersama.
Sorry ye kalau ada guraan yang menyinggun hati.'

Senyap.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG