SALAM TERENGGANU

Salam

Selamat tiba daripada percutian di Terengganu jam 6.30 petang.

04-12-2009
Bertolak jam 10.00 pagi. Disertai Cikgu Suami, Abang Amir, Amirul, Ammar, Amili, Azrin (anak buah), Mohd Isa (Anak buah), Cikgu Wazir, Ustazah Noriati, Cyayol, Cikgu Amirul, Cikgu Siti Hasmah & adiknya. Memandu 4 buah kereta menuju ke Tasik Bera Pahang.

Tiba di Tasik Bera jam 3.00 petang, disambut mesra dengan sahabat lama Zaliha Ripin (bekas kerani SMKSKI). Dijamu menu Bakso & Popcorn. Selesai salat jamak, kami dibawa oleh Zaliha, suami & anak perempuan melawat & mencecah air Tasik Bera. Tenang, nyaman & penuh rahsia alam. kemudian kami dibawa ke Pusat Penyelidikan PERHILITAN. Jam 4.15 kami bertolak ke Terengganu. Terima kasih Zaliha.... layanan Firstclass .... ada peluang kami nak datang lagi....





Meneruskan perjalanan dengan diiringan hujan renyai tanpa henti. Jam 9.00 malam tiba di Apartment Awana Kijal Kemaman. Masak makan malam dengan menu... sayur kobis + karot tumis air, telur dadar, sambal tumis & sardin. Lepas makan.... bersih diri, solat & sediakan parking untuk lending...... Angat tilam ke raung tamu untuk 3 bujang.... Cyayol, Mirul & Din. Lain2 tidur dalam bilik. ......

05-12-2009
Dah pukul 1.00 pagi.... Din masih belum tiba... pesanan dia... 'kak tunggu saya datang tau..Saya bawa roti tempayan. Sedap tau!. Tak dapat saya penuhi... ngantuk sangat. Mirul, cyayol & Wakjir yang diamanahkan menunggu.... dengar cerita malam tu diaorang tak tidur... makan lewat malam roti tempayan, merayau & bergossip le tu..... akhirnya lepas subuh..... tak dapat bangun till pukul 10.00 pagi. Tak mandi kolam hari tu....

Menu pagi ni... nasi lemak & cekodok. Macam di rumah sendiri.

Pukul 12.45 05 bertolak menuju ke rumah cikgu Asliza di Dungun diketuai Cikgu Din. Kerana sombong dengan kata 'saya kan orang sini..' Ha sesat juga nak ke tempat dituju. 2.30 petang tiba.... dan dijamu menu masak lemak ikan patin, telur asin, sayur kobis, daging masak kicap.. mee goreng.... (menu khas untuk Wakjir & wak Din).... Selesai menjamu selera kami dibawa melawat ke Tasik Bukit Besi. Cantih, Bersih & tenang.....


Kembali dari bukit besi kami dibawa melawat ke rumah makcik cikgu Aslisa.... pengalaman yang tak boleh dilupakan oleh orang Selangor...'mengharung banjir & bersampan.....' Seronok!. Kami dihidangkan menu biasa orang Selangor 'Cekodok Udang'. Sesuai untuk minum petang orang lapor tu..... Seronok bersampan ....







kami dibawa pula untuk menikmati makan malam di rumah seorang lagi makcik Cikgu Asliza... Beehoon Sup & bubur nasi istimewa. Sedappppppppp.

8.30 malam kami bertolak balik ke Apartmen Awana Kijal. Sempat singgah ke TMC mall & tiba di hotel jam 10.30 malam.... rehat, solat & boom! tidur!

06-12-2009
Sarapan pagi dengan beehon goreng & nasi goreng. Jejaka2 & anak2 pergi mandi kolam hingga 11.00 pagi. 12.25 bertolak ke Kuala Terengganu rumah Cikgu Siti Hasmah. Menu enak. Kari daging Terengganu, acar timun, sambal belacan, ikan goreng & beehon sup. Terima kasih Siti & Famili yang menyambut kami dengan mesra sekali.......

4.00 petang bergerak ke Pasar Payang.... shopping baju T-shirt chop Terengganu je... Kami semua tutup kedai. Habis kami membeli je... kedai pun tutuppppppppp.

6.30 singgah di Masjid Kristal.... sempatlah berposing sakan. Menarik!. Dapat tengok masjid waktu siang * waktu malam....

Tiba di Aparment kul 10.00 malam dengan membawa berbungkus Tom Yam untuk menu makan malam. Trip Noriati & Cikgu Din... tiba dulu untuk sedia nasi & telur dadar.... saya yang menyinggah untuk membeli Tom Yam. Orait. Beresssssssss. Masuk Tidur!

07-12-2009
Menu sarapan pagi... Beehon Tomyam (Tomyam lebih malam ) & roti john gaya Kak Mazidah. Habis 2 buku roti. Sementara yang lain mandi manda di kolam.... kaum wanita ni mengemas dapur dan barang2 lain. Bersiap2 nak balik Selangor. Siti Hasmah dah sampai... kami belum siap lagi...

1.00 th kami bertolak balik. Singgah di Pusat Penyelidikan Penyu di Club Mad... tapi tutup. Kami singgah pula di pusat menjualan keropok lekor di pantai Mak Nik. Membeli bekalan & jajan nak makan sepanjang jalan... terutama kepada pemandu... Dari situ saya & suami & kereta anak buah.... terus memandu & berhenti isi minyak di Genting Sepah. Tersukan perjalanan & singgah pula di Setia Alam untuk solat jamak.

Ha... dah sampai rumah sendiri dah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH