MC PERTAMA.....

Salam...

Pagi2 bangun... alamak tak sedap badan lah pulak... semenjak dua menjak ni.. tidur tak menentu... fikiran berserabut je...
Memang ada effectnya bila fikiran tak tenang ni... mula2.... fikiran menerawang... tak boleh nak tidur.... mengantuk, sakit kepala, sakit2 badan, selsema, batuk... ha meleret2....

Ubatnya .... sebenarnya hanya lah perlu befikiran positif... tapi tu lah kelemahan saya.... emosi selalu mengawal diri.... Cuba lawan & lawan... emosi negatif ni... tapi ia datang gak...... 'cuba Mazidah... cuba & terus cuba... Awak tu cikgu... kena sentiasa positif kerana apa juga yang anda buat.... anda sentiasa disaksikan oleh anak murid... dan mungkin menjadi idola mereka... so teruslah berfikiran positif...'

Bila badan tak sihat... fikiran positif macam hilang je.... mula berfikiran negatif, mulalah malas datang... mula lah mood merudum.... Dah macam tu... semakin menjadilah tak sihatnya... Ya ampun... ampun...

Ditambah pulak seharian mendengar rengekan Mili yang demam.... simpati ada, kesian pun ada... dan kadang2 rungutan mamanya pun menjelma.... Lepas sorang.. sorang anak demam...
Suasana2 tak sihat ni buatlah kita semakin tak sihat....

Anak2 tak sihat, sendiri tak sihat, fikiran tak sehat....

Dan mc pertama sebagai jalan keluar..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH