SAHABAT DAN PERSAHABATAN....

Salam....

Pukul 4.00 pagi masih bersembang dengan Cikgu Zamree.... Dia kata dia tengah merayau kat FB... membalas semua ucapan2 kekawan.....

Lama juga bersembang dengannya.... Banyak yang kami sembangkan... bermula dari kesah sambutan hari jadinya semalam.... Tak puas2 dia mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana meraikan dia....

Ini sebenarnya.. kerja Allah. Allah yang mengerakkan hati saya untuk meraikannya... Bila saya utarakan pada Wakjir... rupanya dia pun mempunyai gerak hati yang sama... Contect Yan & Mirul... mereka ok je...Petang Ahad beli Kek.. malam buat video klip.... semua berlaku sekelip mata.....

Seperti saya kata tadi... ini kerja Allah. Allah yang gerakkan hati kami.... Bukan semua mampu saya raikan.... sebelum NI Ulang Tahun Wakjir... Saya tak raikan, tapi saya dah berinya hadiah yang sangat bernilai.... Iaitu hadiah kasih sayang, hadiah persahabatan & hadiah persaudaraan dari kami sekeluarga pada dia... Selepas Wakjir.... semalam Zamree pulak....

Bagi saya ... Zamree seorang yang hebat. Saya dapat rasakan... dia menerima tekanan perasaan berada di SMKSKI..... Tak dapat mengajar opsyen... rasa dipecat jadi jurugambar sekolah... tapi tenaganya masih dikerah.... ditambah dengan label2 pihak atasan.... tak dapat pindah..... Tapi dalam duka dia.. dalam lara dia.... Dia masih mampu membuat orang lain tertawa.. buat orang lain tersenyum... Dia memang MAT COOL.... Dia insan hebat...

Kerana peranan yang dia mainkan... peranan untuk menghiburkan orang lain... terutama rakan2 FB.... telah buat HATI saya tersentuh..... Dan kerana itu Allah gerakkan hati saya untuk menghiburkan dia... menghargai... dengan meraikan hari jadi dia....

Semasa saya merancang untuk meraikannya... saya ingat apa yang saya buat tu kecil je... ia sekadar untuk membahagiakan dia... yang saya rasa insan yang baik.....

Tapi bila membaca komen2 dia... melihat riaksi dia.... saya tak tersangka... rupanya sikit usaha yang saya berikan.. rupanya BESAR maknanya pada orang yang menerima... Rupanya... Zamree... punya hati lembut, ikhlas... dia orang yang tahu menilai.... dia tahu menghargai....

Terima kasih ..... Zamree... Menghargai SAHABAT DAN PERSAHABATAN....

P/S Kek tu.. sponser by Akak, Wakjir, Yan, Mirul & Din ye...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG