KERNA AKU KESAH....

Salam...

Di dalam satu ruang ...... terkeluar pertanyaan... 'saya nak tau lah tentang mereka.... dari maklumat yang sahih..'. Habis ayat tu je... semua yang ada terus berpaling ke arah ku...... seolah2 menghalakan persoalan itu kepada aku dan mengharapkan jawapan daripada aku....'. Lama mereka menanti... tapi aku terus membisu... kerana aku tak tau apa jawapannya... aku tak pasti dengan SITUASI TEKINI ... lantaran merasai... aku bukan lagi tempat dia membuat rujukan... tiada lagi mesej2 darinya untuk bertanya khabar.... untuk berkongsi cerita.... untuk minta pandangan.... tidak seperti hari2 awal persahabatan kami.....

Tapi sebenarnya.. kalau aku tahu pun jawapannya... aku tidak bersedia untuk berkongsi cerita dengan orang tentang KELUARGA kami.... Perjalanan kami... walau pun ada kalanya ada pahitnye... tapi semua yang kami lalui amat bermakna buat kami.... dan biarlah semua cerita kami menjadi milik kami... perkongsian kami....

Mulai detik 'soalan yang dilontarkan itu'.... berbagai persoalan timbul difikiran ku.... kadang2 rasa seolah2 aku sedang dihakimi..... aku kah yang bersalah....

Lantas apakah yang perlu aku buat.....adakah patut aku menjauhkan diri... adakah patut mendiamkan diri... adakah aku patut berkata... ADA AKU KESAH.... Awalnya mungkin Ya!...

Tapi tidak untuk hati kecil ku... jiwa ku tak tenang... kerana aku menganggap dia saudara ku... tak mungkin aku TINGGALkan saudara ku sedangkan aku patut lindungi dia....

Salah nye tak besar mana pun.... Silapnya mungkin dia TERLUPA untuk mengambilkira KATA-KATA /ANGGAPAN2 orang lain...dan bila dah terlalu banyak orang berkata dah jadi LAIN lah pulak...... dan soalan2 bertubi2 tu.... ditujukan pada saya & kekandanya Wakjir.....

Dengan niat nak melindungi adik kami... aku memilih untuk bersemuka dengan nya... walau awalnya takut juga.... takut semakin jarak kami.... takut jadi gaduh..... tapi kami sayang adik kami... kami nak jaga dia... kami nak lindungi dia....kami nak beri tunjuk ajar..... KERANA AKU KESAH.....

Selepas pertemuan tadi... rasanya macam dah JELAS... kami dah JELAS kan apa pendapat kami... apa yang kami rasa.... apa perasaan kami pada dia.... Cuma kami tak JELAS... apa yang ada pada pikirannya..... Redhokah dia... terima kah dia...

Buat ADIK kami... kami bukan menyebuk.. kami bukan nak arah adik buat itu dan ini... kami bukan nak MENGATUR hidup adik.... Apa yang kami lakukan kerana kami SAYANG... KERANA KAMI KESAH....

Kami boleh memilih untuk buat tak kesah... tapi itu bukan DIRI kami... itu bukan PRINSIP kami....Kami nak tunaikan hasrat kami... hasrat untuk jaga adik... untuk bimbing adik... untuk beri ilmu pada adik... Kami bukan hebat sangat.. kami bukan betul sangat... tapi kami ada kasih sayang... kerana kasih sayang untuk adik.. kami nak adik berjaya... Adik masih mentah.. masih muda... curilah kesempatan atau peluang yang boleh adik gunakan untuk membawa adik kepada KEJAYAAN.....

Maafkan.. andai coretan ini tak tentu halanye.... tak tau macam mana nak susun ayat... tak tau kata2 sesuai untuk meluahkan isi hati / naluri seorang kakak.. seorang abang....

Hanya doa & harapan... semoga adik bongsu kami berjaya... berjaya melalui berbagai dugaan.... lalui berbagai rintangan... Anggaplah semua itu pengalaman untuk MEMATANGKAN kita....

Cuma ... ada ketikanya kita ambik kira lah pandangan2 orang lain.... rujuklah nasihat... mungkin ada antaranya yang BETUL...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH