KONGSI CERITA KU.....

Salam...

Ku lihat.. kadang2 blog ku ini dikunjungi oleh kerabat guru seluruh Malaysia. Bila aku kunjungi mereka .. ALAMAK, kebanyakannye menulis INPUT berkaitan sekolah atau PERKHIDMATAN.... Segan pulak rasanya.....

Ha! apa telah aku buat.... aku tukar nama BLOG CIKGU MAZIDAH kepada BLOG MAZIDAH IBRAHIM je... Blog ni bukan untuk tujuan ilmiah. Ia adalah teman paling baik ku.. Ia ruang untuk aku bercerita .. tanpa ia menghukum aku.. sama ada aku BETUL atau SALAH.

Beberapa bulan yang lepas.. blog ku dah mula sunyi dengan tulisan ku.. sebab aku LEKA dengan Facebook. Memang leka dengan FB ni.. sibuk dengan bual kosong... Seronok sebab ia salah satu merealeaskan tension... Cuma di FB ni kadang2 macam tiada privacy... orang boleh komen/bagi pandangan di semua sudut. Dari gambar, tulisan atau applikasi yang kita gunakan... Kadang2 tanpa disedari.. aku memburukkan profesion keguruan, profesion sebagai ibu....

Kini aku kembali aktif menulis blog ni...
Tapi seperti aku kata tadi.. buka penulisan ilmiah... tapi catatan harian seorang ibu.. seorang guru.. seorang isteri.. seorang kawan...
Ia cerita tentang suka... cerita tentang duka.. cerita tentang sepi.. cerita tentang suka....
Ia curahan rasa sebagai MANUSIA BIASA... yang ada masa mood ok.. ada masa moodnya tak ok. Ada masa happy... ada masa sedey... ada masa sayang...ada masa marah lah juga...

Walaupun blog ni tak beri sebarang respond.... tapi sekurang2nya dia setia menjadi teman baik ku... dia mahu berkongsi cerita dengan ku...... dia tak hukum perasaan ku...

Di saat aku sukar untuk berkompromi dengan INSAN... blog ni aku curahkan perasaan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH