AKU BUKAN SELAYAKNYE....

Semalam aku tak datang mesyuarat. Sakit!

pagi ni... macam biasa lah kawan ketua bidang ku buat laporan kes semalam.....

Ketua bidang kena bertugas dari 7.25 pagi hingga 4.30 petang. Laoran mesti detail... bla... bla... bla.... Kawan ku bagi tau... 'Macam tu, macam tugas PK le..... ' Dia jawap....'Nak latih tugas pentadbiran... Nak latih kami jadi pentadbir....' Kawan menyambung lagi.....'Kami mengajar ada yang 6 masa sehari. Masa bila pulak kami nak meronda.. Jawapan yang keluar.. mudah je...'Cikgu borak2 lama kat kantin tu... ada pulak masa'.

Aduh!.. Nak dibuatnye robot kami ni....

Keadaan semakin MENGHIMPIT...

Hakikatnye aku semakin jemu dengan keadaan ini. Sehingga aku hilang diriku. Aku dah tak nampak jalan ku....

Apakah jawapannya... 'Puan... Ini surat perletakkan jawatan saya sebagai GKMP.... Saya rasa saya bukan orang yang layak untuk memikul tanggungjawab ini. Saya gagal untuk memenuhi harapan puan......'

Namun tugas guru tetap akan aku teruskan...dan aku ingin terus berdoa agar aku mampu melaksanakan tugas ini dengan ikhlas, amanah & bertanggung jawab.
Ya Allah, peliharalah semangat ku, kekuatan ku, ketabahan ku... semoga aku tetap teguh berdiri & melangkah dalam melaksanakan amanah & tanggungjawab aku sebagai GURU.

Hanya jawatan itu.. yang menuntut kesempurnaan yang tinggi dalam pelaksanaan tugas ..... telah memperlahankan langkah ku untuk terus maju ke hadapan......
Aku dah tak ada apa lagi yang nak dikejar....

CITA2 KU HANYA INGIN JADI GURU YANG BAIK DI MATA ANAK2 MURID KU.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH