MACAM-MACAM LAH ANAKKU NI....

Salam…

Macam2 hal dengan anak2 ni…. Sabor je lah….

Si Ammar
Bila saya jemput tadi....dengan lemah dia berjalan ke arah kereta. Saya tanya 'kenapa.Ammar ada masalah ke?. Dia jawab 'baju sekolah Ammar hilang..' Saya tanya lagi,'Hilang kat mana?'. Dia jawab'Tak tau'..... dengan tunduk. Saya nak marah pun tak sampai hati.
Aduh.. dah berapa banyak baju sekolah hilang lah Ammar...... Sabor je lah dengan Ammar...

Si Mirul pulak…
Masuk kereta dengan pakaian yang basah2. Main hujan le tu…. Bila ditegur, sikap dia yang dengan mudah je masuk kereta & duduk… dia bertanya… ‘Nak buat macam mana?. Padahal setiap kali hujan, saya dah ajar dah… saya dah sediakan plastik sampah, sebagai alasa untuk elak tempat duduk basah & mengakibatkan berbau nanti….. Heeeeeeeeeeeee Dah Darjah 6, masih nak diatur….


Si Alimi lain hal pulak. Satu hari kami habiskan masa pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk cari KURUNG HIJAU & TUDUNG PUTIH (Bukan musim raya, mana ada orang jual baju kurung … kanak2 pulak tu) yang akan digunakan untuk konsert tadika dia... Alih2 tadi abahnye bagi tau...'ma, Amili nangis, tak nak masuk nasyid & cikgunye dah ganti orang lain.....'. 'Sabor' je lah dengan Amili...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH