SELAMAT ULANG TAHUN AMIN ANAKKU

Salam..

Selamat Ulang Tahun kelahiran anak sulung ku Amin. Semoga Allah sentiasa Merahmatimu, panjang umur, murah rezeki, jadi isan Soleh dan disenangi semua insan. Ha! satu lagi.. semoga dapat hafaz AlQuran sebanyak yang mungkin.....

Seronok, dapat habiskan masa makan dengan anak2 di Pantai Jeram... Menu yang menepati selera kami...

Tarikh ini penting buat Abang Amin.. sebab dia dah cukup umur untuk layak ambik lesen kereta... Lama dia mengidam untuk ada lesen dan boleh bawak kereta sendiri... Mamanye juga tak sabar... anak mama ni boleh bawak kereta.... boleh lah mama bersandar disebelah.. Mama malas bawak kereta....

Satu lagi hadiah yang dijanjikan....
Kamera SLR model D90.... Wah... anak2 zaman sekarang.....

Bukan beri kemewahan.. tapi seronok jika kami sekeluarga punya minat yang sama.... Alhamdulillah.... kami semua suka.... melancong, mengambil gambar dan komputer.... So, selepas ni.. kami nak plan untuk menyiapkan keperluan kami agar kami mudah untuk beraktiviti bersama... setakat ni... kami dah sediakan peralatan camping..... plan akan datang.. ha! kereta ixora lah pulak.... Biasa percutian kami... PERCUTIAN BAJET JE.... Penginapan murah & masak sendiri.... Selain tu... cari sedara & kawan2 lah.....

Buat Amin....
Mama sayang Amin, sayang anak2 mama semua...

Semoga.. kita sekeluarga boleh terus seiring jalan... AMIN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG