YANG INDAH HIDUP DALAM KENANGAN...

Pagi tadi PK1 Call, ' tolong tanye2 sapa dapat pindah, nak buat jadual ni'. Sy iakan aje...
Padahal dalam kepala, ' Saya pun tak tau dengan jelas siapa yang minta pindah. Semua isi borang / online senyap2je – Mereka bukan perlu nak bincang , minta izin @ bagi tau dengan saya. Saya hanya tukang buat jadual.. AJK kecik saja. Saya dengar2 pun bagai angin sepoi2 bahasa je. ' Tak jelas. Tak de lah salahkan mereka itu hak mereka - mereka kan nak diberi kebebasan untuk buat keputusan sendiri.

Saya tak kan bertanya… saya tak mahu dikaitkan dengan andaian saya ni cuba mempengaruhi orang lain untuk buat keputusan….. Bagi saya, semua orang berhak terhadap isu pindah atau tidak ni… Saya tak kan bertanya…. Juga , keputusan pertukaran mereka. Tunggu surat dari JPNS lah jawabnye….

Berkaitan isu pindah…. Biarlah…
Bagi saya 15 tahun saya bertahan di SMKTIS yg memang banyak dugaannya, ini kan pula di SMKSKI yang belum 5 tahun pun saya di sini. Saya cuba bertahan. Saya tahu, ada kebaikannya jika saya BERSABAR. Saya tak perlu kejar KEBAHAGIAN yg tak pasti. Saya akan cuba bina kebahagian dgn apa yg saya miliki. Teruatama dengan orang2 yang saya sayang yang masih mahu bersama saya…

Rasa nya saya takkan semudah itu untuk tinggalkan SKI, Saya takkan selemah itu untuk pindah, kecuali jika diarahkan tukar. Lebih2 lagi saya dah beli rumah di SKI, Saya dah berumur, dah vateren. Saya dah tak mampu lagi…. Dah tak de apa lagi yang saya kejar. Harapan saya, saya hanya ingin menjadi cikgu yang diingati oleh anak2 murid. Biar pun, hanya 2-3 kerat.. Tak pe lah… Mungkin cukup untuk jadikan kerjaya guru saya bermakna…. Cukuplah klu saya dapat menjadi isteri & ibu yang diperlukan & disayangi keluarga saya…..

Saya ingat janji saya dengan seseorang…. Saya nak pegang janji saya itu….
Biarpun saya tau…. Janji itu tak lagi terpenuh….bila tinggal saya saja yang menginginkannya. Apa pun, saya pegang pesanan suami…’ Ma terima lah, sabar je lah…. Mungkin semua tu ada Rahmat.’

Bagi ku, banyak KENANGAN manis di SMKSKI yang ingin ingin ku PELIHARA. Walau aku tak sempurna mana.. tapi aku dah berikan SEPENUH KASIH SAYANG KU DI SINI. KASIH SAYANG YANG TULUS IKHLAS ... KASIH SAYANG TANPA SYARAT....

Aku sedar, semua yang ada di dunia tidak kekal… lebih2 lagi yang bukan milik kita… Walau macam mana sayang pun…. Andai ia mahu jauhkan diri dari kita… kita kena terima hakikatku….

NAMUN YANG INDAH TETAP HIDUP DALAM KENANGAN

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH