CUTI SAKAN - 6 HARI 5 MALAM

Salam...

Selesai percutian kami....
Memang letih .. tapi cuma satu niat kami.... Kami nak gembirakan anak2, nak bagi dia pengalaman & yag penting kami nak luangkan masa bersama.....
Amin pun... dah lama nak berjalan2 ni sebab dia nak belajar ambik gambar dengan abahnye....

Terpaksa pergi minggu pertama cuti sekolah... sebab permintaan anak2... Lagi pulak Amirul ada tusyen cuti minggu ke 2... so... tentang kelas tambahan saya.... terpaksa minta tolong Norzalina & Cikgu Kodin Cover.. Thank.. kawan2....

Ramai juga yang bertanya.... Tak pergi dengan Cikgu wazir ke... Kan selalu dengan dia....

Kali ni memang saya bercadang untuk bercuti dengan anak2 je.... Nak dekati diaorang... Tambahan pulak, Ustazah Noriati kan nak Mantu... Masa tak sesuai nak megajak mereka..... Insyallah.. ada banyak peluang lagi kami nak buat aktiviti bersama dgn Cikgu Wazir dan adekda2 yang lain..

Tapi terharu.... ingatan suami pada kawan/ adekda2 di sekolah terutama kepada Cikgu wazir.... Mana2 distinasi je dia teringat kat Cikgu Wazir & cari sesuatu untuk dia.... Bila dia beli sesuatu... anak akan tanya...'abah beli untuk sapa'. Abah jawab 'untuk cikgu wazir'. Anak2 memahaminya....

Memanglah... cenderahati tu tak seberapa....(Ia lah... bajet untuk kami pun memang ketat & terikat sangat..... ) tapi terharu atas ingatan suami ku. Aku tahu.. dia sangat menghargai persahabatan & persaudaraan dia & cikgu wazir. Dekat dihatinya....

Paling seronok... aku lihat Ammar.... Dia seronok dengan perjalanan kami.. kerana dia nampak banyak benda2 baru.....
Inilah... Jauh Perjalanan... Luas Pengalaman..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG