CUTI2 SAKAN - HARI 1 :CAMERON HIGLAND

Salam....

Janji dengan anak buah Azrin.... akak bertolah seawal 9 pagi..... Tapi kul 10 pagi baru dapat bertolak... 2 kereta & 9 penumpang...

Mana taknye... nak pergi bercuti satu keluarga... tapi mama nilah yang pikirkan semua..... terutama hal makan minum kat sana... Sebolehnye nak cuba save bajet. So.. antara perkara penting yang dibawa ialah... PERIUK NASI,HOTPLAT, PINGGAN MAKAN & MANGKUK MENGHIDANG. Saya bercadang... lauk saja saya beli... Nasi saya masak sendiri. Hot plate pulak saya guna untuk memanaskan lauk....

Sebelum pergi... masak makanan untuk perjalanan.... Nuget, sambal kering, sambal tumis, nasi putih, meehon goreng, air sarsi... dan lain.

Pukul 10 bertolak, tiba di Cameron Highland kul 1.30 tengahari. Tak book hotel dulu. Memang nak main redah je.... Alhamdulillah dapat juga hotel di Brinchang. HOTEL BRINCANG.... 1 bilik besar & 1 bilik standard yang bercantum. Semu RM220. Ok le... Hotel ni dekat dengan kedai makan, bank kedai runcit & pasar malam. Bilik boleh tahan. Bersih!

Tiba .... makan dulu. Nasi masak sendiri... lauk beli kat gerai di bawah. Selesai makan & rehat... petang kami rona ke Tanah Rata, ladang teh & pasar malam. Malam kami rehat & menuonton tv je... Sebahagian pergi ke Pasar Malam....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH