AKU KAKAK

Hari ni rasa seronok pulak hanya kerana aku rasa dianggap KAKAK oleh 2 adek lelaki yang manje tu... adek2da Wakjier & Wakjamree.

Mula2 Wakjier call.... ceritakan apa yg dia sedang alami di Kem KPA di Pulau Indah.... 'Adik akak ni dah jadi supir... kena beli gas dan macam lagi.....' Wakjier yang merupakan sebagai Urussetia Makanan dalam Kem tu ...terpaksa bertindak mencover kekurangan penender makanan yang menyediakan makanan tidak seperti yang dijanjikan.... Segala kekurangan terpaksalah dia kena top-up. Ha2.. sempat balik rumah makbapaknya di batu 4 untuk top-up barang2 yang tak cukup.... Sempat dia kata 'dapat makan nasik dengan emak... lepas rindu dengan mak bapak'. Sesungguhnya Wakjier memang anak yang baik....

Habis dia call...Wakjamree pulak call...
'Kak, rasa nak melompat ni'.... dia hampir YAKIN... peluang dia terbuka luas untuk dia berhijrah menjadi pensyarah Matrikulasi .... dan dengan penuh seronok dia bercerita panjang tentang apa yang dia lalui semasa ditemuduga itu.... Walau pun dia kawan baik aku, aku sayang persahabatan ini... tapi aku memang mendoakan ia dapat apa yang dia pohon. Zamre seorang guru yang bagus. Aku yakin, dia akan jadi teramat bagus kalau dia bekerja di bidang yang dia pakar... sahabat yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya...

Dan aku... terharu.... aku dihubungi oleh 2 orang adik2 ni.... untuk bercerita, untuk berkongsi apa yang sedang mereka lalui.... kerana AKU KAKAK

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG