ALLAH BUKA KAN JALAN....

Petang tadi bawa Amir ke Carefour untuk membeli barang keperluan asrama dia.

Dalam perjalanan ke kereta, di tempat parking aku ditegur oleh seorang suami ... dengan nada merayu, sayu, sendu... dia berkata ' Cik, minta tolong. Saya ada masalah.... saya tak de duit tambang nak balik... boleh beli handphone saya tak.. saya nak jual kat dalam... kedai hp tak nak... (aku lihat handphone buruk di tangannya.. aku dah faham kenapa kedai hp tak nak beli hp dia...)

Aku minta penjelasan lebih lanjut...
'Saya datang dari Tanjung Karang. Saya bawa duit RM100, untuk bawa anak ke hospital Kelang. Tambang teksi, tambang bas... baki rm5 je ni. Saya cucuk kat ATM, gaji belum masuk'

Kenapa ada di Carefore ni.
'Saya ingat kawan saya kerja di sini. saya nak minta tolong.. rupanya dia dah lama berhenti kerja...'

Nak balik naik apa?
'Dari sini naik bas ... sampai Pekan Tanjung Karang, kena naik teksi untuk sampai ke rumah'

Melihat mata isteri dan 3 anak kecil.... aku simpati

Berkata aku 'Saya tak tahu cerita encik ni betul ke tak Tapi saya bagi ni (RMXX), ikhlas, Saya sedekah. Saya tidak minta apa-apa balasan, cuma,minta tolong doaan untuk saya & keluarga saya, semoga Allah mudahkan perjalanan hidup saya & saya dapat selesaikan masalah dengan anak-anak saya.' dan ucapan tu saya lafazkan dengan penuh sebak... Masa tu fikiran saya memang sarat dgn masalah anak2. Fikiran saya tidak lepas dengan anak-anak saya...

Dalam perjalanan pulang .. aku asyik terpikir peristiwa yang ku alami itu...
Aku tak kesah aku ditipu.. sebab zaman sekarang ni orang pandai berlakon...
Apa yang tergambar difikiranku....
'Kalau aku tak bantu dia yang memang benar2 susah, sedangkan aku mampu untuk membantu... aku rasa aku dah menganiaya mereka. Tapi kalau aku ditipu,,, aku niat kan ikhlas bersedekah... aku tahu... ganjaran pahala yang Allah janjikan...'

Suami yang mendengar cerita ku berpandangan yang sama....

Aku mesej pada adekda Wazir, (yang ku anggap mentor ku dalam masalah yang sedang ku alami)...mengenai peristiwa yang aku lalui ini...
Mesej ku berbalas 'Tahniah. Dalam akak susah, akak masih nak bantu orang lain. Semoga amal akak Allah terima dan semoga masalah akak dipermudahkan'.
Adekda Wazir adalah insan yang tak pernah lepas untuk terus berdoa untuk aku.. agar aku dapat menyelesaikan masalah yang sedang ku alami.

Dan Alhamdullilah, tidak lama selepas tu...di rumah..., Allah dah tunjukkan sedikit jalan...

Ya Allah ya Tuhan ku... Terima kasih padaMu..
Kau dah buka kan sedikit jalan....dan seterusnya aku sendiri yang perlu mengatur langkah ....

Pelihara lah anak2 ku. Sesungguhnya mereka anak2 yang baik.... Aku bersyukur padaMu. Insyaallah aku akan... pelihara amanah Mu ini dgn sebaik mungkin...

Ulasan

  1. Salam ziarah cikgu mazidah..

    baca entry ini buat sy terfikir..
    benar..bantuan sebesar hama yg kita hulur tanpa sedar..akan tetap dicatat dan pasti ada ganjarannya samada kita sedar atau tidak..
    itulah kuasa Dia..

    salam kenal dr sy...azza..

    BalasPadam
  2. Allah S.W.T Maha Besar . .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG