ADAM & AMIR


Hari ni kami mulakan langkah menambah ahli keluarga kami. Saya, suami & Amir 1 kereta. Wazir, Atie & Ariel satu kereta. Menuju ke rumah Adam (Ahdam) di Bukit Hijau. Alamak jauhnye. Untung Bukit Hijau Kampung Ariel. So, walau malam, kami mudah untuk terus menuju ke rumah Adam.

Sampai je.... melopong kami. Besornya rumah. Banglow tu... Maka bertanya2 kami dalam hati. Betul ke tindakan kami nak bawa Adam tinggal bersama kami (di rumah Adekda Wazir). Rumah kami dicantum dua (Rumah saya & Wazir), baru sama dengan saiz rumah Adam. Wazir pun berbisik, budak2 yang dia jaga selama ini, rumahnya tak sebesar ini, sekalipun rumah Datuk (bapa Ariel la tu... jangan marah Ril.... Ini perumpamaan je.)
Tambahan pula, bila saya mengajak Adam tinggal bersama Wazir, dia kata 'Ok jugak tu, boleh bebankan mak saya'. Ha2... Jangan nilai buku pada kulitnya.....

Sebenarnya kami kesian kat Adam tu... Perjalanan dari Bukit Hijau setiap hari, setiap pagi.... jauh, lama & memenatkan... Dia keluar pagi2, sebelum orang lain di SKi bangun lagi.... Ada masa Subuhnya hilang, Ada masa tak datang sekolah, ada masa kena merit.....Kami nak tolong dia, jaga dia.. agar dia dapat menumpu lebih perhatian pada pelajaran... Dia sangat berpotensi untuk maju & cemerlang. dia anak baik...

Setelah minta izin dari mama Adam untuk kami menjaga Adam macam anak kami sendiri.... kami singgah makan malam di KFC... Ariel belanja. (Gaji pertama dia sebagai pengasuh & pemandu.. he3). Selesai urusan Adam....



Di rumah... kami menghadapi masalah dengan Amir.... dia sangat2 keberatan untuk tinggal bersama Cikgu Wazir. Abahnya le yang berceramah..... yang akhirnya Amir akur. Apa yang kami pilih.... HANYA YANG TERBAIK UNTUK ANAK2 KAMI.

Kami tahu adekda Wazir boleh bantu kami. Dia seorang yang hebat. Selain tu, saya dah minta pada Adam, 'jadi kawan Amir yer, bantu dia dalam pelajaran'. Aku tahu, aku sedar, Amir memang sangat lemah dalam pelajaran yang pada perkiraan aku, bukan dia tak pandai, tapi ada sesuatu dalam jiwanya.. yang membuatkan dia tak fokus pada pelajaran... So, ini lah jalan yang ku pilih untuk bantu Amir anakku. Beri dia kawan baik.... Cikgu Wazir & Adam. Semoga mereka menjadi kawan baik, kawan akrab.

Dan... 27 Mac... bermulalah EPISOD ADAM & AMIR....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH