AMIR & AMIRA

Hari pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah ku... SMKSKI

Akhirnya selamat jugak diaorang berdua berpindah ke sekolah tu….
Sepatutnya semalam…. Tapi aku kata mereka ‘ Mula sekolah hari Selasa lah, Esok ada perhimpunan yang panjang’.He2 .. Baguih punya mak…..
Sekolah tu saya yang punya…. He .. he senanglah berkira-kira dalam urusan kemasukkan ke sekolah sendiri. Semua urusan dengan kawan-kawan….

Pagi semasa memandu ke sekolah… sedikit pesan-pesan untuk mereka…. ‘JAGA TINGKAH LAKU’. Maklumlah .. anak kan…. Lagi pun dah banyak masa diorang dididik di sekolah agama, makan tahun, tiba-tiba bertukar ke sekolah harian biasa….. risau lah mama dia… bukan setakat risau, tapi memang sungguh2 risau….. Mamanya ni kan dah lama mengajor, dah banyak dengor kesah budak-budak sekolah, budaya yang tak elok ni… Budak sekolah agama pun ada yang kecundang kat SKI tu…..

Memang…. Mama & abah ni selalu bertanya2 dalam hati, berbisik2 dalam hati… ‘betul ke tindakan kami merestui anak2 pindah ke sekolah biasa ni’. Tapi pilihan dah dibuat…. Tiada pilihan lain sekarang ni, hanya jaga anak sendiri, jaga mereka dengan baik, bimbing mereka dan berdoa untuk mereka agar Allah melindungi dan merestui setiap langkah mereka…..

Hari pertama sekolah, Amira Nampak macam ok. Amir yang Nampak sedikit gelisah. Pertama sekali… bila kena bersekolah dengan baju masuk ke dalam. Sekolah lamanya, uniform baju tak payah masuk dalam seluar…. Kebiasaan yang kena ditukar. Satu perkara lagi… Amir ni memang pemalunya sangat ketara. Hari pertama dia dah cari mamanye ajer. Kesian tengok keadaan diri dia untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru…. Tapi ini pilihannya sendiri… dia kena tempoh….

Bila dah bersekolah dengan mamanya ni…mama ni kena terima je komen2 dari kekawan guru. Semua tu untuk memperbaiki diri anak2 mama….. Terima kasih pada kekawan guru yang menerima baik anak-anak ku. Ada yang bagi nota tambahan, pandangan, ada yang sanggup bila dimohon untuk jadi pembimbing anak2anakku walau mereka tak mengajar kelas anak2 ku… Budi baik kalian, rakan guru tetap ku kenang…. Insyaallah ada peluang akan ku balas dengan kebaikan……

Komen Amira.
Abah : Macam mana Mira, ada kejutan budaya tak kat sekolah mama?.
Amira : Tak lah, budak lelakinya sama jer dengan kelas Iya, Cuma budak lelaki kelas lama Iya, sopan sikit.

Komen Amir.
Abah : Macam mana kelas Amir?
Amir : Kelas bising …. (Budak sekolah agama, tak cakap kuat2, tapi rasannya .. lama2 Amir pun akan menyumbang kebisingan dalam kelas tu kot).

Apa-apa pun, harapan mama & abah ni…. DOA YANG TERBAIK UNTUK MEREKA

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG