CUTI HUJUNG MINGGU...

Muar.... ku habiskan cuti hujung ni bersama suami dan 2 anak kecil kami, Ammar & Amili. Suami ku ada event di Pulapol Muar... Anak2 buahnya tamat latihan Polis Bantuan. Suami mewakili syarikatnya dalam majlis itu.......

Aku sengaja mengikut, untuk berada di samping suami... Aku tak ikut pun ke majlis tu... awal2 pagi dia dah keluar... aku & anak2 menunggu di bilik hotel. Hotel ni antara sebab aku suka menemani suami ke Muar. Muar Traders Hotel mempunyai pemandangan yang indah.. mengadap sungai Muar. Memang tenang bila berada di sini. Kami akan tempah bilik di lokasi yang sama tiap kali ke hotel ni.....

Selesai urusan suami... kami terus check out....singgah sebentar di Tangkak.... Tudung barang utama ku yang aku nak beli... walau pun aku dah banyak koleksi tudung.. sehinggakan aku tak ingat warna tudung yang aku tak der... rasanya macam semua dah ader... tapi masih nak singgah membeli di tangkak ni...
Tudung tak der lah ekslusif... tapi yang penting .... MURAH dari harga di Kelang.

Singgap menjamu di KFC... kami terus ke rumah bapak mertua ku.... menjeguk warga emas yang nampak sungguh lemah dan tak berdaya..... sian melihat dia menghabiskan sisa usianya.... terpikir aku.... macam mana lah nanti bila aku aku tua nanti.....

Esok aku akan balik ke Klang.... meneruskan urusan-urusan yang banyak.....
Anak2 ku.... distinasi utama ku esok....
Bermakna... cuti hujung minggu .... bila dapat dihabiskan bersama keluarga.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH