JADI TEAM KERJA, JADI SAUDARA.....

'Akak ... adik nak pergi jauh2, jalan sorang2, tidor kat mana. Jumaat ... balik'.
Mesej cikgu Wazir.. yang memang telah ku anggap adik ku sendiri. Membaca ayat itu.. aku tau, beban di hati nya dah sangat berat. Dia dah terlalu penat menghadapi kerenah insan....

Apa yang ku boleh katakan. Kecuali perkataan 'pergilah' dengan pesanan 'hati2'. Dalam diri dia ada sedikit persamaan dengan aku. 'Degil'. Kalau dah kata 'nak'... mesti 'nak' jugak. So, kalau aku kata jangan pun.... dia akan pergi juga.... kalau pun dia tak pergi.. tapi hatinya tetap pergi.....


Bila ku cerita pada suami, dia berkata 'kadang2 bersendirian ... boleh juga beri ketenangan'....

Selepas itu.... aku hanya dapat mengiringi doa untuk setiap detik perjalanannya.... 'Walau di mana dia berada, Allah lindungi dia... mudahkan setiap langkahnya...' dan aku terus menanti....

Aku biarkan dia .... walau hati terlalu ingin mengetahui... 'di mana dia', 'macam mana dia'....tapi pertanyaan tu ku biarkan terus berdetik di hati.... aku tak mahu ganggu dia dengan call atau mesej .....hanya pada suami ku luahkan rasa risau ku.....

Setelah 3 malam berlalu ... tanpa mengetahui keadaannya.. aku jadi terlalu risau hingga sukar untuk melelapkan mata.... selalu aku kalau risau, kecewa, stress... aku lebih senang melelapkan mata .... dengan alasan kuat 'malas nak pikir'. Tapi tidak pada kali ini.. dan dinding FB jadi tempat ku melepaskan risau ku... berbual sorang2 dengan menconteng2 FB ku dengan kata-kata hatiku......

Isnin... hari pertama sekolah selepas cuti baru aku nampak dirinya di sekolah.... Aku lega dia selamat, sihat & ceria..... Aku tak tahu apa sebenarnya yang dia lalui, 'jadi ke dia dengan rancangannya' 'ke mana kah dia' 'apa kah yang dilalui sepanjang beberapa hari tu'.... aku tak tau. Rasanya tak perlu u bertanya...Itu hak dia. Cerita hidup dia.... bukan semua kisah untuk dikongsikan....

Apa-apa pun aku bersyukur, Allah lindungi dia ... dan aku tetap SEMAT DI HATI kata-katanya pada hari dia bagi tau dia nak pergi 'Insyaallah Jumaat adik balik... dan se;epas itu kita akan terus bekerjasama....' JADI TEAM KERJA, JADI SAUDARA...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG