PILIHAN UNTUK ANAK...

Malam tadi aku & suami menemui anak kesayangan kami di asramanya... walau kami terpaksa menunggu agak lewat... kerana menunggu dia habis kelas prepnya... kami tetap bersabar... kerana banyak yang nak kami luahkan, banyak yang nak kami terangkan padanya... dan paling penting.. kami ingin mendakap erat anak kami ......

'Mama & abah dah tengok sekolah tu... (sekolah yang anak kami cadang untuk bertukar ke sana).... minta maaf, mama & abah tak dapat penuhi ... sebab mama & abah tak mampu.. yuran bulanan lebih besar daripada yang sekarang...'

Selain itu, sebenarnya kami tidak berapa yakin dengan sekolah itu... Semalam kami buat tinjauan ke sekolah berkenaan... kami perhatikan produk nya (pelajarnya)... nampak air muka yang agak kurang jernih.... bahasa yang agak tidak manis... contohnya ...'babi kau'... Semua tu buat kami cuak... Sekolahnya di rumah kedai... dan asrama pulak di rumah teres berdekatan .... Nampak... akan ada kebocoran ... kawalan pada anak ini... akan ada ruang untuk anak2 menyimpang jika tidak kuat iman & semangat.....

Setelah berfikir panjang..... Kami hanya mampu bagi 2 pilihan pada anak kami tu... kekal di sekolah lama .... dengan kami sendiri akan meminta pihak sekolah baiki... kelemahan2 yang diutarakan oleh anak kami yang menjadi salah seorang pelajarnya.... atau anak berpindah ke sekolah mamanya... SMKSKI dengan beberapa syarat. Syarat ni bukan untuk menghukum atau menderanya.... tapi ia perlu untuk disiplin bagi mengarahkan anak ku menjadi seorang pelajar cemerlang.....

Aku tidak tahu pilihan anakku ini... aku bagi masa hingga hari Ahad ini. Biar dia berbincang dengan kawan2 baik dia... biar dia pikir masak2....

Bagi ku.... sekolah dia sedia ada... memang yang terbaik untuk mentarbiyah anak2 ku... tapi... aku tetap memberi pilihan pada anak2 ku... Apa pun pilihannya.. aku tetap menyokong... aku tetap sayang anak2 ku.. dan aku akan sentiasa bersama mereka... mendoakan untuk kecemerlangan mereka....

Jika pilihannya SMKSKI... aku akan pastikan aku adalah menyokong kuatnya.... aku jadi pembantu utamanya... untuk dia menjadi yang terbaik di sekolah ku.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH