TAK PERLU PRASANGKA ITU...


Tiba-tiba aku disentak oleh satu kenyataan…
Kenyataan... walau hakikat ikhlas, walau hakikat bersih ... ia tetap tidak terlepas dari buruan prasangka.
Mereka tak salah.... sapa2 pun tak terhindar dari perangka yang begitu.... lebih2 lagi bila ada ’nasi tambah’. Sudah pasti prsangka itu akan bertambah enak dilayari.......

Ralat... hanya itu yg terdetik  dihati... kerana aku sangkakan .... dia dekat. Dah dekat biasanya rapat. Dah rapat biasanya erat. Dah erat biasanya melekat.... dah melekat biasanya kasihnya tak dibuat-buat. Tak dibuat-buat, maknanya ikhlas, dah ikhlas biasanya akan abaikan perkara yang tidak berasas.... cari manisnya. Buangkah nanah itu......

Kita satu pasukan kan.... seronokkan, kalau antara kita kaya ikhlas.... kita kaya jujur. Kita kaya kasih sayang. Kita kaya kemurnian.

Kita mungkin boleh hidup terasing..... tapi kenapa nak pilih hidup yang terasing... sedang kita dah mula rasa indahnya kelompok ini.... ada kejelekitan..... yang kosong, kita isikan. Yang tak lengkap, kita lengkapkan. Yang hilang kita carikan. Yang pergi kita susuli. Yang longgar kita kukuhkan. Yang bengkok kita luruskan. Yang lembik kita semangatkan. Yang suram, kita semarakkan.....

Aku tidak lengkap. Kau ada kekurangan. Kita tidak sempurna.  Jadi, tak payahlah kita pesongkan hakikat bahawa kita memang saling memerlukan kerana untuk sempurna kita perlu saling melengkapi. Kau tampung kekuranganku. Aku tambah mana yang kau kurang....

Jangan gelapkan pandangan mu dengan dek pandangan orang yang memang seronok bercerita, bergossip tentang orang lain. Tak perlu nasi tambah itu, sebab ia mungkin akan menjadi lemak dalam daging.... kita tak perlukan lemak2 itu...... ia akan melemahkan sistem .....

Tak apalah... takde orang yang paham apa yang ku tulis... sekadar nak bagi tahu.... 
Aku resah sekarang..... 'pernyataan' yang muncul itu  cukup mengudang resahku, mengundang sakit kepala ku... kerana otak ku telah dipaksa bekerja keras tak henti memikirkannya....

Tapi... aku tetap nak memilih ...... kebaikan. Aku tak mahu patahkan ranting2 subur itu... aku nak ia terus mekar.... Allah jualah pemberi pertolongan.... untuk jelaskan pandangan mereka.... memperlihatkan pada mereka-meraka.... yang aku tidak menghianati kepercayaan itu...... Percayalah pada aku..... 
Aku jaga kau. kau jaga aku. kita jaga dia. kita jaga mereka...

dan sebenarnya.....Aku. Kau. Dia. Tak perlukan prasangka itu! 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH