DUDUK DAN TERDUDUK


Hari ni, menitik air mata guru ni depan pelajar-pelajar satu kelas......
Aku melangkah masuk kelas dengan ceria dan harapan tinggi tersemat di hati. Melihat wajah2 anak murid satu persatu ..... aku terdetik di hati.... ingin mereka dapat keputusan cemerlang..... sebab meraka anak-anak baik. Semua guru pun akui hakikat itu..... dan kata-kata ’sejuk hati masuk kelas tu...’ sentiasa bermain dibibir  guru-guru....

Hari ini, kelas bermula dengan sangat ceria.... dengan membawa banyak harapan ... aku minta pelajar-pelajar ku menyiapkan semua kerja yang tertunggak...... dari awal sekolah hinggalah ke hari ni.... Aku bagi peluang mereka menyempurnakan kerja mereka.... sambil menunggu mereka menyiapkan kerja... aku berbual-bual dengan mereka.... merapati mereka... mendekati mereka..... suasana kelas memang ceria dan aku dalam mood yang sangat baik......

Tiba-tiba...... bibirku terasa sakit. Terlastik dengan kepingan kertas yang dilipat padu.... Inilah takdir ku, terlastik. Sebenarnya tak sakit pun... tapi hati ni terasa amat sakit, jiwa ini terasa amat luka, perasaan  ini memang terlalu kecewa...... Tak sepatutnya ia berlaku di kelas itu. Kerana mereka disebut-disebut, diucap-ucap sebagai kelas baik. Ye lah.. sebagai guru .... dunianya masuk kelas, keluar kelas. Jadi senagaja atau tak.... kami tetap akan buat perbandingan. Dan mereka adalah kelas yang di sayang ramai guru-gurunya. Cikgu Wazir... bila tau dia nak keluar hari Khamis ni.....berkata, alamak, mis lagi kelas tu..... cikgu Rusiah yang pernah mengambil sebahagian kelas mereka disebabkan guru kemahiran hidup pasangannya tak hadir berkata ....’sejuknya hati ambik pelajar-pelajar tu. Kalau kelas lain, saya tak sanggup’. Lain-lain cikgu, kebanyakkan cikgu  berkata ....’sejuknya masuk kelas tu...’

Perkataan, 'x sengaja' terlastik cikgu, tak dapat diterima, kerana memang dia tak boleh bermain dalam kelas. Sedang waktu itu aku beri kepercayaan, beri mereka  peluang menyiapkan semua kerja/latihan mereka yang tertunggak. Ambiklah peluang tu.... sebab selepas ni aku nak tumpukan, nak fokus terus kepada PMR.


Rayuan kemaafan ku balas dengan penampar. Rasa menggigil menahan kemarahan ku. Pen marker ku campak... (nasib baik pen marker... lagi pun kebetulan masa tu hanya pen marker digengaman)...Teringat aku pesanan Tuan Haji Basiran, PK aku... ’kalau marah, duduk cikgu... biar sejuk’. Aku pun duduk... dan memangnya terduduk..... kerana menahan marah ku.... apa lagi... terjurai-jurai air mata ni...... deras..... sedih, marah, benci,   dan dia datang merayu-rayu ....’cikgu, marah lah saya, pukul lah saya..... saya sedia apa saja. Maafkan saya cikgu....
Tapi ....aku hanya mampu membalas 'saya taknak tengo muka awak'. 
Dan rayuan demi rayuannya .... tanpa memandang wajahnya au berkata 'beri kejayaan yang terbaik dalam PMR, baru boleh dapat kemaafan'.

Ulasan

  1. ckg mazidah..yg sy rindu dan sayang..

    sabar yea... :)
    senyum selalu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG