NAK TUDUNG BERLAPIK DAGU ...

Hujung minggu lepas ... bersama suami, Ammar, Amili & Amir.. meronda Karnival Mahabbah IKIM.... Set diminda... nak cari tudung muslimah...... bagi menambah koleksi tudung berdagu..... Biasalah perempuan... set nak lengkap... sedondon.

Wah... sejak sejak ni... radio pun dah tukar channel... IKIM dah jadi pilihan.... Duluuuu.. payahhh...... Sinar atau Hot FM jer.... Hati masih dilentukkan oleh alunan muzik yang melekakan....  Sekarang dah pandai pergi butik tu.... butik tudung lah.....
Inpirasihana https://www.facebook.com/butikinspirasihana?ref=ts&fref=ts,.
Syazara ( https://www.facebook.com/SYAZARAENTERPRISE?fref=ts,) ,
Ummi tinie ( https://www.facebook.com/pages/Ummie-Tinie-Collection/325057884172124?fref=ts ), Muslimah (https://www.facebook.com/muslimahclothing?fref=ts )

Melalui info IKIM & dan FB..... adanya karnival ni dan ia disertai oleh butik2... yang setakat ini dah kenan di hati... apa lagi... tiada tempat lain le untuk berekreasi.... tudung... tudung...tudung...

Perubahan mama sentiasa diperhati oleh si anak kecil Amili... maklumlah... mama ini kan idola dia... he3.

Lantas..... mama.... 'Amili pun nak tudung macam mama... ada lapik dagu'. Aduyai... bertuahnya mama... tapi masalahnya.... belum ku jumpa... tudung anak2 berlapik dagu itu!.......

Pagi tadi sebelum solat suboh.... Amili bagi tahu abah... telekong dia dah kotor, dia nak basuh .. tetapi dia tiada telekong lain... Sebenarnya... dia ada 2 helai lain, tetapi dia tak suka pakai.. sebab bahagian muka yang berenda... membuatkan dia rasa gatal dan tidak selesa.. (maklumlah tudung kanak2kan... mama ingat... berenda tu cantik... tapi anak2 tak suka). Telekong yang satu-satunya dia suka pakai tu, kami beli di Mydin Subang Jaya... jauh tu.... tempat lain atau kedai lain... susah nak dapat telekong tanpa renda di muka tu atau  bergetah. Entahlah... mungkin kami tak terjumpa......

Tapi.. Allah dengar detik hati hambanya... dia sentiasa mudahkan..... baru sekejap tadi, melihat pos FB oleh butik Ummi tinie....
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=626799533997956&set=a.327287893949123.92907.325057884172124&type=1&theater
Tudung berlapik dagu untuk anak2. Pucuk dicita ulam mendatang.... begitu bantuan Allah.... hanya mohon sahaja dengan iklas padaNya. dia maha mengetahui.....

Bukan iklan butik tudung ya... tapi nak syer.. bagaimana Allah perkenankan doa.... bukan sahaja waktu kita buat acara rasmi (selepas solat wajib 5 waktu atau sunat hajat )... tapi.. di mana-mana.... waktu duduk.. waktu berdiri... walau baru detik hati..... asal sahaja kita sentiasa ingat padanya..... Insyaallah... sememangnya Allah Maha pengasih

‘Ya Allah, Kau, jadikan kami orang yang mahu menutup aurat dengan sempurna '

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.... semakin hari semakin indah menyebut namaMu. Terima Kasih Ya Allah.

Ulasan

  1. Assalamualaikum Puan,
    Puan boleh layari http://tudungirsyadiah.blogspot.com/ untuk tudung berlapik dagu.tq

    BalasPadam
  2. Chin waiste is also called dagu style.. it is popular now a days in Brunei.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG