QIAMMULLAI



Aku dapat sekolah baru, yang mengajar aku ‘qiam’. Setakat ini sudah 2 kali aku mengikuti Qiam di  Surau berhampiran rumah ku. Tapi, tidaklah aku tido di Masjid. Pukul 3.30 pagi baru aku dan suami akan tiba di Masjid. Setelah solat tasbih tahajud berjemaah, kami memulakan solat sunat tasbih 4 rekaat 2 kali salam. Sungguh bermakna dapat melakukan solat tasbih Maklumlah, untuk mencapai 300 kali tasbih, rasanya macam tak terbuat jika seorang diri. Silap2.... hanyut. Tapi bila mengikut imah dan berjemaah.... terasa ringan pula. Selesai itu kami akan bersolat sunat taubat diikuti solat hajat.

5.00 pagi, selesai solat kami akan balik ke rumah, kerana di rumah kami ada tanggungjawab juga. 3 orang anak yang masih diulit mimpi perlu dikejutkan untuk bersahur. Sungguh, Ramadhan kali ini sungguh bermakna.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH