RAMADHAN KALI INI



Ramadhan Kali ini
Alhamdulillah, rasa terlalu indah. Kehidupan lebih teratur. Waktu dapat bersama-sama keluarga lebih panjang dan lebih makna. Bangun tidur seawal 3.30 pagi, bersuci, bertahajud, Bertaubat & Berhajat  dan menyediakan menu untuk bersahur untuk kami. Biasanya, kami habis bersahur sehingga hujung waktu iaitu beberapa minit sebelum azan. Berehat sebentar sebelum bergilir-gilir kami anak beranak mandi dan bersiap untuk solat berjemaah. Kemudian masing2 bergerak ke distinasi masing2. Suami membawa Ammar & Amili ke sekolah sebelum ke tempat kerja, manakala aku membawa Amir dan Adam bersama ke sekolah.

Berbuka dengan menu yang simple. Biasa kuih karipap, popia isi ketam, cekodok air tangan ku atau mertabak yang debeli di pasar. Cukup dengan 1 jenis kuih. Kami ikuti pula dengan makan nasi.

Selesai solat Magrib berjemaah, aku akan membaca beberapa muka kalimah Allah manakala suami akan mengajar Ammar & Amili mengaji. Sebaik mendengar Azan Isyak, kami akan bergegas ke surau berhampiran. Indah saat ini kurasakan. Aku memimpin tangan Amili manakala suami memimpin tangan Ammar, berjalan seiring memasuki perkarangan masjid untuksolat berjemaah Isyak, terawih dan Witir. Kagum dengan anakda berdua Ammar & Amili, sentiasa seronok menunaikan solat di Masjid dan setakat ini belum pernah sekali mereka ‘mis’. Selesai solat, sekali sekali dihujung minggu kami akan ‘medang’ / minum di restaurant. Peluang untuk kami duduk bersama berbual sambil membasah tekak. 

Ya Allah, jadikan kami orang-orang yang suka berjemaah di masjid.

Alhamdulillah, Allah buka pintu hatiku untuk bersolat jemaah. Mungkin setakat solat isyak dan terawih dan subuh (pada masa hujung minggu/ cuti sekolah). Mudah-mudahan bermula dengan Ramadhan  ini kami dapat satu memontem untuk terus menjadikan kebiasaan pada hari-hari seterusnya. Dan mudah-mudahan, ia turut mendidik Ammar & Amili mencintai Masjid. Mudahan-mudahan ia menjadi ilmu yang bermaanfaat buat anak2 kami.

Sesungguhnya, Ramadhan kali ini sangat bermakna bagi ku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG