AZAM 2014 2

Alhamdulillah, 4 hari 3 malam di wad, membolehkan banyak ruang mencari ilmu yang bermanfaat. Kecanggihan teknologi membolehkan aku merayau ke alam maya. Alhamdullillah ku temui banyak penulisan ilmiah yang aku kumpulkan untuk ku jadi bahan rujukan untuk ku sesuaikan dengan keperluan keluarga ku.

Itulah yang ku azamkan untuk 2014 ni. Melakukan beberapa penambahbaikan terhadap gaya hidup kami. Utamanya untuk cuba sedaya upaya berada di landasan jalanNya. Yang keduanya untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Melihat berbagai dugaan umat islam dengan serangan senjata, ekonomi dan pemikiran budaya kuning terasa getarnya di hati lebih-lebih lagi melihat perkembangan anak2. Tambah pula dengan kenaikan harga boleh  dikatakan semua jenis barang .. sungguh mengerikan. Anak2 semakin besar, keperluan untuk pendidikan mereka semakin meningkat.

Jadi... mahu tidak mahu... sedikit penambahbaikan terhadap pengurusan rumah dan gaya hidup perlu dilakukan. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
1. Jadual waktu harian. Ia melibatkan aku, abah, Amili dan Ammar. Anak2 lain di asrama. Perlu ada pengisian. Bersolat jemaah, mengaji, menghafal makna bacaan dalam solat jadi keutamaan. Lain2 rekreasi, homeschooling, ziarah.

2. Perkembangan anak2 Ammar dan Amili. Aku mahu memberi kehidupan yang bermakna pada mereka. Aku mahu meluang banyak masa bersama mereka. Aku mahu mencongkil potensi mereka. Aku mahu  mereka boleh berdikari.i  Aku banyak mengabaikan anak yang lain sebelum ini kerana terlalu sibuk dengam urusan kerja, urusan dunia. Aku ubah.

3. Gaya hidup. Aku nak amalkan sunnah. Dari segi cara hidup, pakaian, makanan... oleh itu banyak yang ingin ku lakukan sendiri. Misalnya soal masak. Aku nak kembali macam aku dulu. Rajin masak. Boleh aku amalkan pemakanan sunnah dan jaga kesihatan keluarga aku.

Ada banyak lagi dalam kepala ni, cuma tak tahu macam mana nak susun ayat. Cuma harap2 semangat ku tak seketika sahaja. Mungkin akan ada gangguan oleh kerja sekolah. Maklumlah kerja sekolah memang tak pernah habis. Hanya aku sendiri yang perlu baiki pengurusan masa ku.  hu hu .. Bajet 2014

Ya Allah, berikan ku ilham, berikan ku kekuatan fizikal dan mintal. Berikan ku semangat. Mudah2an aku dan keluarga ku menjadi lebih dekat denganMu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG