AZAM 2014

Di hati sebenarnya enggan mengakui 2014 tu sebagai tahun baru. Kerana sebagai seorang islam, sewajibnya mengagungkan kalender islam. Tapi sebagai orang yang bekerja yang telah diberi takwim yang berkuatkuasa 1.1.2014.... aku akur.

Dan 2.1.2014 aku mulakan semula rutinku sebagai seorang pendidik. Namun aku tak dapat bersama rakan sejawat kerana tugas rasmi di luar. Pada ketika ini kesihatan ku telah merosot. Bermula 30 dis 2013 aku diserang demam sehingga tak mampu angkat kepala. Tapi malam tu aku gagahkan juga memperelokkan vlefrog admin SMKSKI kerana esoknya ada LADAP VLEFROG. . Aku tetap mahu ada sedikit tanggungjawab sebagai ahli pasukan jawatankuasa VLEFROG sekolah.  (Terima kasih pada boss ku yang boleh berurusan tentang kerja hanya melalui emel dan sms sahaja. Banyak yang aku perlu dia telah beri aku bantuannya) . Esoknya aku bermesyuarat di sekolah lain dalam keadaan yang lemah. Aku terpaksa meminta bantuan anakku untuk menghantar  aku pergi dan balik    ke SMK Datuk Hamzah Klang kerana aku tak mampu untuk memandu. Tak larat nak angkat kepala, muntah, loya dan berbagai cita rasa.

Tiba di rumah keadaanku semakin lemah. Aku terbaring menemani suami ku yang juga terbaring lemah. Kami bagai terkena serangan virus.... Alhamdulillah anak2 ada... bolehlah membantu kami sedikit sebanyak.....

Mesyuarat di luar masih tidak habis..... selepas demam hampir kebah.....datang pula tanda-tanda sakit athma ku akan menyerang..... dada semakin sempit.... menyebabkan ia terpaksa bekerja kuat untuk membolehkan oksigen terus masuk ke paru-paruku bagi membolehkanku menyambung nyawa..... petang... tak dapat bertahan....stok ubat ku yang berbagai tidak dapat membantu.... aku memandu laju ke klinik.... meminta bantuan penafasan mesin. Lega sikit. Stok ubat yang banyak diberi sebagai bekal. Malam....... walau makan ubat ikut peraturan.... terpaksa juga bersabung nyawa.....

Pagi.... ku kuatkan azam untuk ke sekolah kerana 1 antara azam ku dalam pekerjaan sesi 2014.... ialah sebolehnya nak zero mc atau kalau mc pun tak der lah awal tahun persekolahan sesi 2014 ni..... Tapi..... orang athma ni boleh bekerja kuat waktu dia sehat jer... tapi kalau masa serangan ...janganlah nak cuba melawan... anda juga yang tewas.

Pagi mesej bos... minta izin ke klinik dulu... nak sedut gas... janji akan tiba di sekolah dalam pukul
 10.00 pagi. Tiba di klinik... orang agak ramai.. .aku yang memang dah semput.... agak semakin semputlah menunggu. Sebenarnya aku boleh je minta terus gas.... ia tak ganggu turn orang lain kerana ia dilakukan di bilik lain oleh misi.  Tapi aku nak jadi pesakit yang berhemah kononya.....
Lepas tu padan dengan muka sendiri..... tercungap-cungap jumpa doktor....bukan gas ajer diberi.... tapi enjection juga. Tu pun dapat kurangkan sikit jer semputnya....doktor suruh aku ambik mc rehat di rumah....tapi aku dengan sombong bersemangat berkata 'tak pa doktor... hari ni jumaat ..tinggal beberapa jam je lagi waktu kerja, saya boleh. Ins sha Allah.'

10.45 pagi tiba di sekolah. Daftar diri, sempat melapor diri dengan pengetua dan pk. Mengagahkan diri masuk kelas 3T3 dan 3T2. Dah lama tak mengajar..... menjadikan 3 masa diisi sepenuhnya..... dan aku mula pancit.

Selesai 3 masa, dari tingkat 3 ku panjat pula tingkat 4... ada sedikit perbincangan dengan ustazah Rafizah... aku semakin pancit.... dan semakin pancit... melangkah menuruni tangga demi tangga.... sempat bertegus sapa dengan beberapa rakan.... aku segera pulang.

Tiba di rumah, aku bersiap untuk ke hospital.... aku tahu...kalau aku ke hospital aku mesti kena tahan wad. Berbekal dengan apa yang patut.... dan yang paling patut sebenarnya ialah 'gajet2' ku.... dan aku memandu laju bersama anakda Amira.

Seperti dijangka.... doktor pakar ku terus hantar ke unit kecemasan... sementara urusan kemasukan wad selesai diurus. Bila kita  ke hospital swasta dengan membawa GL yang menyatakan jumlah kelayakan yang besar.... aku dilayan dengan sebaiknya.... aku cuma duduk, baring jer.... semuanya dibantu. Sikit..sikit tekan 'bell'.

Sehari.... dua hari.... tiga hari..... ooooooohhh esok nak masuk hari ke empat.... aduyai.... muka semakin sembab... badan semakin berat, perut semakin sebu... dek kemasukan air yang berbotol2, ubat cair yang bercucuk2, ubat bulat2, lonjong2 yang bertelan2, gas yang bersedut2....... aku rasa kalau setahun aku ditahan di wad ini..... rasanya s aku tak kan sembuh juga. Aku perlukan rawatan di rumah ku sendiri... hu hu....

Dan...... esok mc ku yang pertama.... dan bermakna azam 1 ku tu lebur..... . Tapi aku tahu Allah nak beriku apa yang aku perlukan.....

Ya Allah, sembuhkanlah aku... aku ingin pulang segera.... banyak yang ingin ku rancangkan, banyak yang ingin ku lakukan untuk kesempurnaan keluargaku, pekerjaan ku dan agama ku. Berilah aku kekuatan semangat, berilah aku ketajaman fikiran, berilah aku ilmu yang bermanfaat, mudahkanlah urusan pekerjaanku, jadikanlah aku orang yang cemerlang di sisiMu. Amin....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH