HOME MADE - COKLAT CHIP

Hari ini , minum petang biskut pulak. Biskit coklat chip. Resepi dari...... terima kasih

Mudah sangat2 membuatnya. Aku memang tak pernah buat biskut sebelum ni. Rasa macam tak de bakat. Rasa macam tak retijer. Dan takut tak jadi. Tapi 2014 ni sesuai dengan azam nak jimat belanja, nak masak senditi, nak beri makanan berkhasiat kat anak2, nak beri pengalaman kat anak2.... beranikan diri.... , mencuba.

Resepi cari kat pakcik google lah.... dan kredit kepada tuan punya blog ni...
http://chikicicok.com/blog/resepi/resepi-chocolate-chips-cookies-ala-ala-famous-amos/

BAHAN-BAHAN
1 cawan/ 1 pek butter
1 cawan gula halus
1 cawan gula perang/merah  ( kurangkan jika tidak mahu manis)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan oat yang dimesin halus
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
chocolate chips
1 1/2 cawan chopped nuts - walnut, almond or  hazel

CARA:
Pukul butter, gula halus & gula perang sampai gebu /  sebati.
Masukkan telur & esen vanilla.  Gaul.  Menggunakan  spatula / senduk
Galur tepung gandum, tepung jagung, oat, baking powder, soda bikarbonat & garam dan masukkan dalam adunan tadi & sambung gaul.
Masukkan chocolate chips & kekacang
Terap / bentukkan biskut tadi

Bakar dengan suhu 170 darjah celcius, 15 minit.

Dan percubaan pertama ni kira ok lah. Ammar bagi 5 bintang.....
Tak lama masa diambil. Tak sampai sejam.... biskut dah boleh dinikmati......
Ini lah ropanya..... macam2 saiz... tapi rasanya......rasa biskut chip yang sangat enak.......
hu hu bajet 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG