HOME MADE - POPIA NESTUM

Hari ini aktiviti main masak-masak dengan anak2. Menu hari ni popia nestum. Makanan kegemaran Amili. Lihat harga dijual ... aduyai mahalnya. Membuatnya tak lah susah sangat. So, apalagi...  bolehlah ia jadi satu aktiviti homeschooling untuk anak2.


Bahannya.... hanyalah kulit popia, nestum, susu tepung dan gula. Hanya kerja mengulung jelah agak leceh. Tapi dapat asah kemahiran anak2.

Resepi saya cari kat google ajer.....kredit kepada blog gadis kampung.....
http://beadbroochgadiskampung.blogspot.com/2012/08/resepi-popia-bersalut-nestum.html

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus kulit popia (50 helai).
  • 1 1/2 cawan Nestum.
  • 1/2 cawan susu tepung ATAU korang boleh guna serbuk horlicks.
  • 1/2 cawan gula ( boleh tambah ikut suka)*
  • Tepung gandum untuk melekatkan kulit- (korang bancuh tepung tue dengan air sebagai gam popia)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit garam-(lebih kurang secunit je nak bagi rasa masin2 sikit..tak nak bubuh pun takpe)

CARA MEMBUAT:
  • Gulung kulit popia gulung dengan menggunakan chop stick , atau straw  atau lidi bunga telur
  • Lekatkan hujung kulit popia gam dengan bancuhan tepung gandum
  • Setelah siap di gulung,  gunting popia
  • Goreng- hingga garing
  • Salut dengan nestum+susu tepung+gula+garam yang telah di blender

Inilah prosesnya....

Inilah hasil yang dapat dinikmati.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH