HOMESHOOLING - BERCUCUK TANAM

Perancangan hari ini nak bercucuk tanam dengan anak2. Tujuan untuk kurangkan masa mereka menonton tv. Ini sebahagian daripada cita2  2014. Nak lebihkan masa dengan anak2 dan nak mencungkil potensi diri mereka.

Masa dijanji 5.30 petang, dengan syarat mereka siapkan kerja sekolah dan solat asar dulu.

Wah, excited sungguh mereka. Masing2 aku belikan sorang satu penyodok kecil. Bekas2 terpakai menjadi bekas tanaman. Hari ni aku tumpukan kepada tanaman berubi (kentang dan bawang) dan tanaman akar (kangkong). Lain kali akan tunjuk penanaman melalui bijih benih pula. semua mereka yang buat.....

Inilah hasilnya.....

 hu hu bajet 2014... mudah-mudahan ia boleh digunakan untuk memasak. Seronok anak2 nanti bila tahu apa yang dimakan adalah hasil tangan mereka...Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH