HOME MADE - KARIPAP DAGING


Minum petang hari ni. Karipap inti daging. Ingat hari tu saya dah siap2 masak inti ni dan frozen kan. So, petang ni saya hanya perlu menguli kulit karipap ni. Di bantu Amili. Siap!

Biasa saya masak main campak2 jer. Tapi ling ni boleh dijadikan rujukan .
http://seripayaku.blogspot.com/2013/05/karipap-inti-daging.html

BAHAN


Inti Kentang daging
4 biji kentang (kupas kulit, didadu kecil)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
250 gm minced meat secukup / daging cincang sendiri
minyak untuk menumis
garam
gula
perisa
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar

Cara:
Panaskan minyak.
Tumis bawang hingga layu.
Masukkan rempah kari  
Masukkan daging dan kacau sebentar.
Masukkan kentang, garam dan gula.
Bubuh sedikit air dan  masak hingga daging dan kentang empuk dan kering air nya
Masukkan daun sup/bawang


KULIT KARIPAP
Bahan
Tepung gandum.....2 cawan
Minyak masak ......1/4 cawan
Mmarjerin..............3 sudu besar
air biasa

panaskan minyak dan marjerin.
tuangkan ke dalam tepung kacau dgn senduk sehingga sebati
masukkan sedikit2 air sehingga boleh di uli
dan bulatkan sebesar 2 jari dan gelek dan isikan inti.

Ini sebahagian karipap yang dah siap. Saya memang buat banyak. Melebihi keperluan kami untuk sekali makan. So, yang lain saya masak separuh masak dan setelah sejuk saya pakingkan dan frozenkan. Nanti selang beberapa hari lagi.... saya ulanglah minum petang atau sarapan pagi karipap daging....

Intinya pun masih ada lebih dan saya juga frozenkan. Ini salah satu cara saya menguruskan masa..... hu hu bajet 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH