KARIPAP 'KITAR SEMULA'

Sebelum tidur .. Ammar  membuat pemintaan. 'Mama esok masak karipap ayam. Ammar nak bawa sekolah, nak kongsi dengan Salam (kawan baik dia di sekolah). Permintaan Ammar mungkin berdasarkan, saya menyediakan menu kari ayam sebagai makan malam. Sebelum ini saya pernah menyediakan karipap inti ayam, apabila terdapat lebihan daging ayam kari sebagai menu makan malam juga.

Apa yang saya buat ialah, saya menyiat isi ayam (ada 2 ketul ayam yang tinggal). Ayam yang dah disiat2 tu saya campurkan/gaulkan dengan sambal tumis (juga lebihan yang disimpan dalam peti ais). Kulit karipap disediakan macam biasa.

Alhamdulillah..... langkah untuk mengelakkan pembaziran dengan mengitar semula lauk kari ayam yang berlebihan telah menghasilkan menu kegemaran anak2 terutama Ammar yang tidak suka maka sayur termasuk kentang......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH