HOME MADE - PAN KEK

Pan kek sebagai sarapan pagi. Percubaan pertama. Kredit kepada Myresepi kerana kerana syer resepi.
http://www.myresipi.com/top/detail/16713

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
3 sb gula
1 sb minyak

CARA 
Satukan tepung gandum dan baking powder
Asingkan kuning dan putih telur. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu. Kacau sebati
Masukkan minyak dan susu td dalam no1. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.

Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar.

Tapi saya ubah suai ikut bahan yang ada di dapur. Semua bahan saya campurkan sekali dan blend sahaja. Halus adunannya..

Menu yang simple tapi berhasiat. Dalam masa 1/2 jam dah siap terhidang. Kuali kecil tu saya baru sahaja beli di pasaraya yang terdapat di Komplek PKNS Shah alam, harga rm11 gitu. Alhamdullah saat saya tergerak nak buat pan kek ni... Allah temukan kemudahan mendapat keperluannya.

Mudah2an dengan memasak sendiri dapat eratkan kasih sayang kami sekeluarga. Hu hu bajet 2014.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG