SAMBAL TUMIS HOMEMADE

Selepas subuh mula merebus cili yang telah siap digunting minggu lapas oleh anakda Amira.  Kuali kecil, kena rebus 2 round. Sambil merebus, bawang putih dan merah dikupas.

Kuali untuk menumis pula ditenggekkan dengan sedikit minyak. Sebahagian bawang yang dipotong besar2 dimasukkan ke mesin blender bersama  cili kering rebus yang telah dibasuh dan diasingkan bijinya. Kisar bersama minyak masak . Bengisar menggunakan minyak masak akan menghasilkan cili giling yang halus dan apabila ditumis tidak berlaku percikkan sambal yang akan mengotorkan dinding dan dapur kita. Setelah cili halus dikisar, masukkan ke dalam kuali yang telah sedia dipanaskan di atas dapor. Ulang  kerja mengisar dan terus masukkan ke dalam kuali. Ulang lagi sehingga cili habis.

Kacau sambal tumis sehingga agak garing. Kemudian masukkan gula secukupnya. Kacau beberapa ketika sehingga minyak tumisan berkumpul dipermukaan sambal. Sudukan minyak ini dan buang untuk mendapatkan sambal yang kurang berminyak. Masukkan perisa jika suka. Kacau lagi sehingga sambal agak pekat. Padamkan api. Isikan ke dalam mangkuk dan sejukkan sebelum dimadukkan dalam peti sejuk....

Sambalni saya terpaksa masak 2 round sebab kuali kecil. Itulah hasil sambal tumis saya dari 2 kilo cili kering, 1 kg bawang besar dan 1/2 kg bawang putih...... sebahagiannya saya nak hantar kat emak di kampung. Sebahagian lagi  ha ha bakal bertukar menjadi asam pedas, sambal nasi lemak, sambal telur dan sebagainya....

Alhamdulillah ... Allah izin....,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KUNING HEBAT

DOA UNTUK ANAK-ANAK

CEKAK LENGAN BAJU KURUNG