SEMINGGU SEKALI

Percubaan pertama. Pengurusan masa masak. Bagi aku masak ni bukan susah sangat. Aku tak pro, tapi laju jugak lah aku masak. Tapi sebab vitamin 'M' aku banyak sangat, 2013 aku dan famili asyik terlajak ke restoren Sara di Perepat atau Chan Abdullah di Meru . Jadi azam 2014 ni aku nak rajinkan masak. So waktu aku tengah rajin ni aku nak masak banyak2, berbagai jenis lauk/ rencah cukup untuk 2 minggu.

Tujuan utama, nak urus masa, agar tak terkejar2 dan selalunya.... masak lah yang gagal dilaksanakan bila terdesak kononnya sibuk. Ke dua .... sebab semua harga barang sudah naik lah.... so, ini perlu sebagai antara langkah berjimat. Tambahan pula, tahun lepas aku dah berjaya membawa hampir  setiap hari bekal ke sekolah, tahun ni aku kenalah jadi bertambah baik. He he. Ke tiga, aku nak jaga kesihatan keluarga aku..... baru insaf. He he. Maklumlah banyak bebenor cerita negatif tentang makan di luar ni. Sambil tu boleh le aku selitkan penggunaan makanan sunnah seperti madu, cuka kurma, habatussaudah, minyak zaitun, badam, halia dan sebagainya.

Keluar dari wad terus tak sabar-sabar nak shopping. Maklumlah... duduk wah banyak sangat telah steroit... so, over tenaga.... sebenarnya nafas masih tercungap2.... tapi dah rindu sangat nak bergerak... puas dah terkurung kad Wad. Lagi pun...... rasa banyak sangat ilmu baru yang nak dipraktikkan.....

So, semalam memboronglah di pasaraya eon big mart. Sebenarnya di bantu oleh anakda Amira.... aku tunjuk ... tunjuk ajer apa nak beli dan ambil... Ha ini lah rupanya....Ratusan jugalah regenya....
Sepanjang perjalanan balik.... atur strategi.. apa yang nak dibuat terlebih dahulu, agar saya yang masih belum sihat ni boleh kawal diri dan tak ter semput lagi.

Mulakan dengan memotong cili kering menjadi sambal tumis dan dijadikan 2 bahagian. 1 bahagian untuk sambal nasi lemak. 1 lagi menjadi 3 menu yang lain, paprik ayam, 3 rasa dan rencah mee goreng. Siap!

Seterusnya, nampak 4 bungkus daging kisar dalam peti sejuk. Tumis dengan bawang besar dan bawang putih jer dulu. Jadi bahan asas. Kemudian bahagi kepada 3 bahagian. 1 telah menjadi kuah spageti, 1 inti tahu sumbat dan 1 bahagian dicampur dengan kentang menjadi inti karipap. Siap... tinggal tunggu masa nak menguli pulak...


Step seterusnya..... ayam masak lemak cili padi diikuti ayam masak kari.Dapat 2 bekas setiap menu untuk stok 2 minggu nih.... selesai ayam, ikan masak asam pedas pulak..... hu hu hu...

Alamak rupanya di rumah telah ada banyak kentang. Aku membeli lagi. So, selain inti karipap, campuran menu ayam....aku rebus semua dan simpan dalam peti ais. Ia bakal bertukar menjadi kentang putar, begedil atau bebola kentang goreng.... hu2.

Sambil memasak.... sambil membasuh ikan2 dan paking dalam plastik2 kecil untuk 1 kali masak. So, nanti tak perlu lah defrost banyak2 sekali. Hilang segar pulak ikan2 tu. Begiyu juga dengan ayam. Siap paking ikut keseseuaian. Kebetulan hari ni ada promosi isi ayam ... murahlah sikot dari biasa.... so terbeli banyaklah saya... hu hu...

Selesai.... untuk bab permulaan ni.... inilah hasilnya... hu hu bajet 2014

Dan kesannya.....'Abang...... peti ais kita kecik la bang.....'

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH