TEMPE PEDAS


Hari2 Ammar balik sekolah akan cakap 'ma, tadi bang Mar beli tempe salut tepung pedas... sedapppp'. Aku tak dapat bayang macam mana rupa tempe yang dia beli tu..... aku cakap kat Ammar, 'belikan mama 1, mama nak tenguk, mama nak rasa, nanti mama boleh buat'.

Esoknya dia bawa balik. Aku rasa, memang pedas. Tapi rasanya..... macam biasa jer. Tapi yang aku macam tak percaya ialah harganya. Tempe dipotong 3 (=1/3 bahagian) dan disalut tepung pedas, dijual pada murid sekolah rendah dengan harga rm.50. Mahalnya.

Aku yang tak percaya.... dengan harga yang begitu mahal..... makin bersemangat nak masak sendiri. Aku ke kedai dan membeli 8 biji tempe. (Sebab 8 ajer yang ada). Hu hu.. harga 2 henget jerrrr. Maknanya kalau aku potong 3 dan jual dengan rm 0.50... wah untung besar tu....

Aku pun try lah masak seperti yang dibeli oleh Ammar. ?....


Hu hu... Ammar merajuk, tak nak makan.... sebab dia tak puas hati, tempe ysng aku masak walaupun sedap..(dari komen Amili lah  ) tapi rasanya tak sama dengan yang dia beli di kantin.... hu hu

Selalu Ammar puji masakan aku.. tapi kali ni..tidak...
...
Bajet 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH