WORKING AREA

Hari ni setting 'Opis' kerja kami agar kami anak beranak dapat duduk sama2 menyiapkan kerja masing2. Aku dengan kerja sekolah sebagai cikgu. Anak2 kerja sekolah sebagai murid lah. Komputer ku yang di bilik tidor ku alih ke tingkat bawah berhampiran dgn meja besar yang menjadi meja belajar 2 beradik tu. So senanglah aku nak pantau.

Sebelum ni aku dok leka mengadap komputer di bilik, anak2 terbiar di bawah menghabiskan masa menonton tv. Aku nak baikinya mulai 2014 ni.

Dengan susunan baru ni aku harap dapat bersama anak2 , membantu pelajaran walau aku sibuk dengan dunia sebagai guru.


Atas meja belajar anak2 ada tong barang2 dak berdua tu. Mereka belum tahu menyusun barang sangat, so biar semua masuk dalam tong, nampak kemas sikit kot. He2.

Working area tu dekat dengan dapor... harap2 aku akan lebih rajin memasak...... he he bajet 2014

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DOA UNTUK ANAK-ANAK

DOA UNTUK SAHABAT

AMMAR ORENTASI KE SEKOLAH